Panduan Elak Risiko & Bina Rumah Selamat – Jom Bina Sempurna
Ramai pemilik rumah takut nak mula projek bina rumah bukan kerana industrinya susah, tetapi kerana satu persoalan:
“Saya bukan engineer. Saya bukan arkitek. Bagaimana saya nak pilih kontraktor dengan betul?”
Dalam kempen Jom Bina Sempurna, pemilik rumah yang hendak melantik kontraktor kena faham isu terbesar bukan tentang kelayakan akademik tetapi ilmu, standard dan cakna keselamatan yang kontraktor wajib ada.
Kerana apabila seseorang yang tidak kompeten mengaku pandai membina rumah, pemilik rumah yang menanggung risikonya.
Itulah sebabnya memilih kontraktor rumah berdaftar adalah keutamaan.

1. Kenapa Kontraktor Rumah Kompeten Penting Untuk Keselamatan?
Memilih kontraktor bukan sekadar memilih siapa yang lebih murah atau lebih pandai marketing.
Rumah bukan produk fesyen – rumah ialah nyawa.
Kontraktor rumah kompeten memastikan:
- kerja ikut UKBS / UBBL
- patuh CIS (Construction Industry Standard)
- semua pendawaian ikut MS Standard
- asas rumah dirancang mengikut keadaan tanah
- struktur tidak dibuat secara “agak-agak”
Kalau struktur salah, bukan hanya rumah rosak – nyawa penghuni terancam.
2. Bahaya Kontraktor Tidak Bertauliah (Ramai Tak Nampak)
Dalam industri hari ini, ramai masuk sebagai “kontraktor” hanya kerana:
- pandai marketing,
- ada 10 akaun TikTok,
- ada team sales,
- pandai cakap “boleh siapkan cepat”.
Tetapi di tapak kerja:
- cuma ada 1 supervisor
- 3–4 tukang tanpa sijil
- tiada perancangan struktur
- tiada kawalan kualiti
- tiada standard
- tiada kompetensi
Hasilnya:
- rumah lambat siap
- keretakan struktur
- lantai senget
- wiring bahaya
- paip bocor
- kos lari
- akhirnya rumah terbengkalai
Marketing boleh “close deal”.
Tetapi yang menyiapkan rumah ialah ilmu teknikal.
3. Apakah Ilmu Asas Yang Kontraktor Mesti Tahu?
Sebagai pemilik rumah, kita berhak bertanya soalan ini kepada kontraktor:
Soalan teknikal wajib:
- Bila perlu buat piling?
- Tanah ini perlukan raft footing atau pad footing?
- Apa risiko kalau tanah lemah?
- Berapa banyak reinforcement diperlukan?
- Kenapa concrete curing wajib?
- Spesifikasi wiring ikut MS Standard mana?
- Water tank ikut standard ke tidak?
Jika kontraktor tidak boleh jawab, ia tanda mereka bukan kontraktor rumah yang kompeten.
4. Hak Pemilik Rumah: Jangan Takut Bertanya
Dalam Jom Bina Sempurna, kita mahu pemilik rumah celik ilmu.
Pemilik rumah berhak minta:
- rujukan standard
- plan struktur
- bahan yang digunakan
- spesifikasi teknikal
- milestone kerja
- laporan kemajuan
Kontraktor yang beretika dan kompeten akan terangkan semuanya dengan bahasa mudah.
Kontraktor yang tidak kompeten pula akan mencari alasan, dan akhirnya beri jawapan, “Tak payah pening, saya ada banyak pengalaman .”
Itu tanda amaran. Red Flag yang pemilik rumah kena pegang
5. Murah Bukan Masalah – Tapi Jangan Murah Sampai Bahaya
Bila kita lantik kontraktor “murah”, tapi tidak ikut standard, mereka akan,
- kurangkan besi
- kurangkan simen
- kurangkan curing
- kurangkan pengawasan
- buat kerja cincai
Mereka kata ‘ini jimat’. Tapi mereka tidak akan kata ‘Ini bahaya.’
Rumah ialah tempat keluarga berlindung.
Tidak wajar kita berpegang kepada menang “harga murah”, tapi kalah dari segi jaga nyawa.
6. Kembali Pada Soalan Utama
Persoalan yang sering ditanya:
“Saya bukan engineer. Saya bukan arkitek. Bagaimana mahu memilih kontraktor?”
Jawapannya:
**“Bukan sahaja pilih kontraktor berdaftar, yang penting, pastikan ia kompeten.”**
Kerana rumah adalah amanah.
Dan dalam kempen Jom Bina Sempurna,
kita mahu setiap rumah di Malaysia dibina dengan:
- ilmu yang betul
- standard yang betul
- dan hati yang bertanggungjawab
Agar keluarga tinggal dengan selamat, bukan sekadar dalam rumah yang cantik —
tetapi rumah yang kukuh, sah, dan sempurna.
Jom Bina Sempurna
www.mahanom.com