Berniaga Jambatan Ke Syurga

Kemanisan menjadi usahawan adalah apabila kejayaan dari berniaga dapat digunakan sepenuhnya sebagai jambatan untuk ke syurga.

Apabila telah berjaya dan memiliki kebebasan sebagai bos, kita akan punyai masa terluang, banyak wang, dapat balas jasa orang tua dan mengumpul harta.Miskin itu hina, kaya itu mulia

Bila mana kejayaan di atas digunakan untuk perkukuhkan ibadah, maka kita telah menambah amalan dan membuka redha Allah untuk masuk ke syurga.

Jambatan Kejayaan Menjadi Bos

Menjadi bos adalah satu kelebihan bila dapat tetapkan segala peraturan perniagaan mengikut tuntutan syariah.

Apabila jadi bos, dapat beri peluang pekerjaan kepada anak muda. Tambahan pula bila kita sebagai khalifah memastikan pekerja dapat menunaikan ibadah mereka dengan lusyuk dan selesa.

Jambatan Kejayaan Mendapat Kebebasan Masa

Masa lapang yang dianugerahkan boleh diguna untuk melakukan ibadah dan pekerjaan yang disukai Allah.

Apabila ada kebebasan masa, dapat menunaikan ibadah lebih tenang tanpa gangguan.

Jambatan Kejayaan Mendapat Pulangan Wang Ringgit

Keuntungan dalam perniagaan boleh digunakan untuk membayar zakat perniagaan, zakat pendapatan dan sedekah amal jariah.

Apabila menjadi kaya, dapat bayar zakat, maka dapat juga tingkatkan ekonomi ummah.

Jambatan Kejayaan Dapat Membalas Jasa Orang Tua

Bukan sahaja dapat gembirakan hati orang tua, malah boleh juga dipanjangkan dengan membantu adik beradik dan keluarga terdekat dalam kehidupan mereka.

Apabila senang, dapat berbakti kepada kedua ibu bapa dan bantu saudara mara.

Jambatan Kejayaan Mengumpul Harta

Kita disunatkan untuk menjauhi fakir.

Apabila punyai banyak harta, dapat jauhi fakir dan guna untuk kegiatan ibadah.

Surah ke 57, Al Hadid, Ayat 7 membawa maksud:

Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan (sebahagian) dari hartanya memperoleh pahala yang besar.” 

Dengan harta benda yang ada, dapat dimanfaatkan dan dibelanja kearah pembangunan masyarakat yang lebih harmoni.

Ia juga dapat menghilangkan rasa tamak dan bakhil dalam diri. Ia juga dapat suburkan rasa ingin berkongsi sentiasa.

Petikan dari Nota K101

Mahanom Mohammad

www.mahanom.com

(Visited 71 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *