Bacaan Asal
Masyaallah tabarokallah.
Bila ada newbie kata mereka admire pada pencapaian saya, saya selalu pesan pada mereka, benda ini tidak datang dalam satu hari, bukan datang dalam satu tahun. Bukan malam ini mimpi, esok bangun terus dapat.
Ada harga untuk semua pencapaian yang kita impikan. Alhamdullilah, saya dapat hampir semua yang saya mahukan. Dapat selesaikan semua rukun islam, ada rumah, kereta, ideal family, sihat, overseas holiday, branded item, a stabil business. Alhamdullilah, semua saya dapat rasa.
Satu perkara yang saya selalu buat adalah setting a right mind set.
Semua orang ada angan-angan. Begitu juga dengan kami. Masa mula-mula buat kerja ofis di hujung bilik, ada juga angan-angan mahu ada ofis cantik yang lengkap dengan segala fasiliti. Masa turun padang buat semua benda, ada juga angan-angan mahu ada staf yang buatkan semua perkara untuk kita.
Tetapi angan-angan takkan bawa kita kemana-mana. Perlu bekerja untuk dapatkan itu semua.
Kerana itu pentingnya ada pelan rancangan. Untuk buat pelan, kena peka pada keadaan persekitaran. Terutama perubahan yang berlaku disekeliling kita. Kerana ia boleh beri kesan pada cara kita laksanakan rancangan kita tadi.
Hidup ada ups and down. Itu biasa. Jatuh itu biasa. Tapi bangun itu luar biasa.
Kita boleh pilih untuk jadi yang biasa-biasa atau pilih untuk jadi yang luarbiasa.
Set minda kita dulu.
Perlu positif setiap hari, apapun berlaku, always remember Allah sentiasa ada. Jika kita hilang semua perkara pun, kita masih ada Allah.
Saya selalu pegang ini, “Hasbiyallah, Cukuplah hanya Allah bagiku.” Ia sangat power. Serta merta energi akan kembali tinggi.
Sebab?
Sebab kita yakin Allah itu Maha Kuasa dan tidak zalim.
Yang zalimnya diri sendiri, belum masuk padang, sudah mengaku kalah.
Antara perkara yang sangat saya syukuri adalah kerana sebelum mulakan bisnes saya berpeluang timba pengalaman kerja dalam dunia korporat. Ia dunia yang mengajar buat
kerja dengan lebih bersistem, teratur dan berstruktur.
Maka itu yang saya tanamkan dalam pengurusan Emartech sejak hari pertama lagi.
Kami bina SOP dari masa ke semasa. SOP yang ada sekarang tebalnya mengalah satu file besar. Dari masuk ofis sampai keluar ofis, semuanya ada panduan.
Dunia korporat juga mengajar saya pentingnya buat rancangan jangka pendek dan jangka panjang. Rancangan hanya rancangan. Sepanjang tempoh perlaksanaan mesti jangka risiko yang bakal dihadapi. Kayu ukurnya mesti berakhir pada berapa banyak jualan yang kita dapat capai.
Dalam pada itu kita juga kena ada role model yang boleh dicontohi. Kena ada mentor yang boleh bawa semula kita ke landasan bila kita tersesat jalan. Kena ada kayu ukur sepanjang tempoh rancangan dilaksanakan.
Kita akan bertemu tahun baru 3 bulan lagi.
Mulakan dengan cara set minda mahu berjaya dari hari ini. Jemput semua tenaga positif masuk dalam diri kita.
Periksa semula siapa circle kita. Keep the positif circle.
Setkan budaya baru dalam diri kita. Create satu budaya positif dan kembangkan dalam kehidupan seharian kita.
Ambil tahu apa perubahan yang bakal berlaku pada budaya sosial, ekonomi, politik dan teknologi. Alert dan seimbangkan perubahan ini supaya tidak kelemasan dalam rancangan besar kita nanti.
Mahu berjaya itu satu pilihan. Mulakan dengan mengubah mind set lama kepada mind set baru. Mind set untuk jadi lebih berjaya dari semalam.
Jangan terus menerus jadi loser. Life is too short to be wasted just like that.
Ubah cara fikir. Ubah cara kerja.
Ubah mind set kita.
Bukan esok. Bukan 1 Januari 2020.
Tapi hari ini. Saat ini juga.
❤
Assalamualaikum. Saya suka baca blog akak. Banyak ilmu yang saya dapat. Saya doakan agar akak dapat istiqamah untuk menulis dan berkongsi pengalaman akak, pengajaran yang akak perolehi, dan cara untuk membina kekuatan dalaman diri. Terima kasih😊😊😊
Alhamdullilah atas doanya. Moga adik Syafika dapat sesuatu yang bawa manfaat dalam tulisan ini.