Mahanom Mohammad

Selangkah Ke Dunia Bistari

‘Selangkah ke Dunia Bistari’ satu acara yang dianjurkan oleh CIDB Negeri Pulau Pinang diadakan pada 29 November 2018. Acara ini menghimpunkan pelbagai speaker dengan latarbelakang dalam industri binaan dan dihadiri oleh ramai anak muda dan ahli-ahli persatuan kontraktor. Apabila bercerita mengenai IR4.0, inovasi adalah antara tajuk perlu dikupas.

James Watt, Thomas Edison, Alexandra Graham Bell, Henry Ford adalah inovator yang mencipta sejarah semasa era IR1.0 dan IR. 2.0.

Jika menonton filem ‘Joy’, satu cerita benar, kita akan dapat satu inspirasi bagaimana strugglenya Joy Manganio mencipta mop mudah perah. Kini Joy antara wanita kaya yang punya empayar bisnes sendiri.

Dalam program anjuran CIDB Penang ini, saya mengikat peserta dengan perkongsian inovasi. Selalu saya kongsikan kisah Tuan Rafae Raof, anak muda, lulusan diploma dari sebuah kolej negeri, yang berjiwa kaya meski hadapi kepayahan dalam hidupnya.

Pernah terlibat dengan kemalangan ngeri hingga lumpuh satu badan, terbaring tiada upaya bergerak sendiri.

Dengan tahap kesihatan belum pulih sepenuhnya, Tuan Rafae berjaya mencipta satu inovasi untuk mudahkan kerja pembaikan saluran tersumbat.

Malah inovasinya yang diberi nama ‘plumberjer’ berjaya memenangi tempat pertama dalam satu program Superb di bawah Teraju satu masa dahulu.

Orang lama, kaya pengalaman. Mewah dengan Idea.

Hanya perlu sedikit suntikan untuk inovasikan idea mereka.

Mahanom Mohammad

Selesai sesi perkongsian hala tuju kontraktor di era revolusi IR4.0

Sebelum membentuk hala tuju, kita yang dalam fasa survival perlu keluar dulu dari lembah itu. Dunia telah tahu untuk kekal bertahan dalam IR4.0, kita perlu mengasah skil 4K iaitu kreatif, kritis, komunikasi dan kolaborasi.  4 skil untuk kontraktor dan usahawan lain perlu ada untuk kekal mampan di era digital nanti.

Bangun, bangkit, usah layan emosi, cari peluang baru, terutama peluang peluang mencipta kekayaan melalui inovasi.

Bangun, bangkit, asah skil baru.

Perubahan itu pasti. Revolusi IR4.0 bukan lagi pilihan, tetapi keperluan.

Walau kita kategori otai, pastikan kekal bisa, agar bukan sahaja tampak anggun di mata, tetapi tampak hebat juga dalam industri. 

 
‘Selangkah Ke Dunia Bistari’, adalah antara Hala Tuju Kontraktor di Era Revolusi 4.0 yang perlu ditekankan.
 
Usah lagi tertinggal dibelakang berangan petik bintang dan bulan.
 
Tetapi terus terbang tinggi dalam industri dan tinggalkan sesuatu berharga dan bermakna.

(Visited 79 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *