3D

Industri 3D – Persidangan Meja Bulat Belia

Kementerian Belia

Persidangan Meja Bulat adalah satu Program Pembangunan Inteltual yang yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia atau lebih dikenali sebagai IYRES.  Dengan tajuk “Kesediaan Tenaga Belia Tempatan dalam Industri 3D” diadakan pada 28 Julai 2016.

Acara ini menghimpunkan belia-belia dan pemain dalam industri binaan yang membincangkan peluang pekerjaan dalam industri binaan yang kini banyak menggunakan tenaga buruh asing.

Dalam program ini saya berkongsi dengan peserta mengenai peluang keusahawanan menjadi kontraktor sebagai satu alternatif mengasah bakat mereka sekaligus menjana pendapatan.

Kami sebagai panel berkongsi input mengenai pengalaman sebenar dalam 3D yang membawa kami ke mercu ini. Juga berkongsi fakta dan menolak segala auta pandangan negatif yang dilontarkan. Berkongsi rasa sebagai majikan mengenai harapan kepada belia. Berkongsi idea sebagai pemain industri pembinaan mengenai potensi yang boleh diterokai belia. Dan berkongsi cerita kejayaan datangnya dengan kesukaran.

Selami potensi diri. Terokai peluang industri.

Rancang masa depan.

Jadi usahawan.

Jadi kaya.

Dan beri semula seadanya.

Realiti Industri 3D

Industri 3D sering diuar-uarkan sebagai industri yang menerima pulangan gaji kecil, persepsi kerjayanya dikelilingi oleh pekerja asing dan kerjanya penuh kesusahan, kepayahan dan kekotoran.

Secara asas ada 4K yang dicari sebelum staf itu dikategorikan sebagai aset syarikat:

K1 = KEMAHIRAN

Ini adalah mengenai apa yang staf boleh beri. Samada perkara yang dipelajari dari kolej kemahiran ataupun dari pengalaman sendiri. Ia bukanlah satu perkara utama. Asalkan ada semangat untuk terus mempertingkatkan diri.

K2 = KOMITMEN

Perkara utama yang perlu ada dalam Komitmen adalah DISPLIN. Asas displin adalah masuk kerja tepat pada waktunya. Komitmen staf penting untuk organisasi mencapai misi dan visi mereka.

K3 = KREATIF

Staf yang kreatif akan menemui pelbagai ide baru. Dengan pemikiran kreatif, staf dapat membantu organisasi keluar dari kemelut pemikiran lama.

K4 = KARIER

Selalukan dengar soalan temuduga “dimana awak lihat diri awak 5 tahun akan datang?” Penting bagi majikan mengetahui perancangan karier staf tersebut.

Bekerja dengan syarikat kecil, memberi peluang untuk membuat semua perkara. Multi tasking.

Bekerja dengan syarikat besar, memberi peluang untuk belajar pengurusan tersusun.

Bekerja dengan syarikat tempatan, memberi peluang untuk mengenali budaya dan jati diri.

Bekerja dengan syarikat asing, memberi peluang untuk membuka luas minda.

3D

Hormati pagar yang diletakkan dalam had tugas kita.

Yang baik jadikan taulan.
Yang tidak suka jadikan sempadan.

Satu hari apabila tiba peluang menjadi majikan. Jadilah majikan yang menjaga hubungan silaturahim dengan pekerja.

Rancang hidup anda.
Kenali potensi diri.

Luaskan ruang. Kenali peluang.

(Visited 73 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *