Hadiah Menjurus Rasuah

Perlukah ‘memberi hadiah’ kepada pegawai komitee yang berusaha secara jujur menguruskan pemilihan kontraktor melalui tender, hingga akhirnya kita terpilih sebagai kontraktor mereka?

Memang ada kontraktor yang terlalu seronok dapat anugerah kerja, terutama setelah menyertai berpuluh-puluh tender secara jujur.

Punyalah seronok kerana akhirnya terpilih, maka timbul rasa hendak memberi sesuatu kepada pegawai terlibat sebagai penghargaan.

Nanti dulu.

Penghargaan itu tidak perlu kerana semua pegawai komitee menjalankan tanggungjawab mereka sahaja.

Jangan pandai-pandai fikir mereka penjawat awam, gaji kecil, sumbangan kita dapat bantu hidup mereka – hentikan semua ini, kerana inilah langkah-langkah awal kepada rasuah nanti. Ia akan berlanjutan sepanjang proses kerja hinggalah bila hendak menuntut bayaran pun, kita hendak beri mereka penghargaan.

Sekiranya kita appreciate sangat dilantik menjadi kontraktor, apa yang kita perlu lakukan adalah laksanakan kerja tersebut dengan penuh tanggungjawab, memenuhi jangkaan dan KPI pemberi kerja hingga mereka sendiri rasa gembira kerana pemilihan mereka adalah tepat.

Jauhilah kerja kerja yang ada unsur memberi ini, kadang niat kita baik, lama lama dia jadi rutin dan akhirnya bertukar kepada memberi sebagai satu syarat untuk mendapatkan sesuatu – lalu perlahan-lahan bertukar kepada rasuah pula.

(Visited 61 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *