Simpan glosari ini baik-baik.
1. Projek binaan bangunan – satu aktiviti membina bangunan sama ada bangunan kediaman, bangunan masjid, bangunan pejabat, bangunan bertingkat, bangunan rumah kedai dll untuk digunakan sebagai pelindung semasa menjalankan aktiviti khusus dalam bangunan tersebut.
2. Pemilik projek – entiti yang mempunyai idea untuk membangunkan projek tersebut dan mengeluarkan belanja untuk membangunkan bangunan tersebut.
3. Perunding Professional – satu entiti yang dilantik oleh pemilik projek untuk membangunkan konsep, rekabentuk dan struktur projek serta menasihati pemilik projek mengenai perihal teknikal yang berkaitan dengan projek tersebut. Perunding Profesional terdiri dari arkitek yang ditauliahkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia atau jurutera yang ditauliahkan oleh Lembaga Kejuruteraan Malaysia.
4. Pelukis Pelan – adalah satu entiti yang melukis reka bentuk dan pelan teknikal untuk mendapatkan kelulusan Majlis. Pelan ini terdiri dari lukisan teknikal yang dibangunkan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Undang2 Kecil Bangunan Seragam dibawah akta dan peraturan berkanun yang ditetapkan. Pelan ini juga berdasarkan konsep yang dibangunkan oleh Perunding Profesional tadi.
5. PSP – adalah mereka yang dilantik pemilik projek untuk mengemukaka. Pelan-pelan yang dibangunkan oleh Pelukis Pelan tadi kepada Majlis untuk mendapatkan kelulusan. PSP terdiri dari arkitek atau jurutera yang dilantik sebagai perunding profesional tadi. PSP juga adalah pihak yang akan mengeluarkan CCC bangunan dengan memperakui kerja kerja ditapak telah disempurnakan kontraktor mengikut pelan yang diluluskan majlis.
6. Kebenaran Merancang atau KM adalah satu kelulusan untuk membina bangunan yang dikeluarkan oleh Majlis kepada PSP, sebagai entiti yang mengemukakan pelan untuk diluluskan tadi.KM memberikan pemilik projek satu tempoh tertentu contohnya 12 bulan, untuk membina bangunan. Setelah tempoh ini tamat, kelulusan itu sudah tidak valid lagi, dan pelan perlu dikemukakan semula untuk kelulusan baharu. Rayuan juga boleh dibuat kepada Majlis untuk memanjangkan tempoh tersebut dengan alasan yang kukuh contohnya PKP.
7. QS adalah satu perunding profesional yang membantu pemilik projek untuk mengukur harga binaan secara spesifik dengan butiran lengkap yang mengandungi skop kerja, formula bancuhan bahan binaan, luas ruang atau kuantiti unit yang diperlukan, berdasarkan lukisan teknikal yang telah diluluskan majlis. QS juga membantu pemilik projek membangunkan kontrak antara pemilik projek dan kontraktor untuk membina bangunan tersebut. QS juga akan membantu pemilik projek membuat kiraan bayaran yang tepat berdasarkan kerja sebenar di tapak.
8. Kontraktor adalah entiti yang berdaftar di bawah CIDB yang menjalankan aktiviti membina, mengubah suai, menyelenggara, membaiki, merawat, memulihara atau meroboh binaan.Kontraktor akan menyelia kerja kerja tukang dan buruh kasar bagi memastikan kerja binaan dilakukan mengikut skop kelulusan dan dibina memgikut peraturan berkanun yang ditetapkan.
Kontraktor konvensional adalah kontraktor yang dilantik pemilik projek untuk membina projek mereka berdasarkan pelan yang telah diluluskan.
Kontraktor Reka Bentuk dan Bina adalah kontraktor yang dilantik pemilik projek untuk membangunkan konsep, pelan, kelulusan dan membina projek mereka.
Bagi pemilik projek yang melantik kontraktor reka bentuk dan bina ini, pastikan kontraktor ini benar2 melantik PSP bertauliah dalam mengemukakan pelan kelulusan.Sebaiknya pemilik mengenali PSP yang dilantik kontraktor ini bagi memastikan hak pemilik terjaga terutama dalam memastikan bangunan selamat dibina untuk dihuni dan tiada masalah dalam pengeluaran CCC. Ini bagi mengelakkan PSP tadi bersikap bias dan tidak menjaga kepentingan pemilik walaupun fi profesional mereka sebenarnya dibayar oleh pemilik.
9. Tukang adalah entiti yang melakukan kerja kerja khusus yang memerlukan kepakaran dan kemahiran tertentu. Mereka dibantu oleh buruh kasar dalam kerja kerja am.Kebanyakkan tukang juga menjadi kontraktor.
Bagi pemilik yang mahu melantik tukang menjadi kontraktor, pastikan tukang ini berdaftar di bawah CIDB dan membina mengikut skop dan peraturan berkanun agar bangunan selamat dihuni dan mengelakkan pemilik projek dikenakan tindakan undang2 sekiranya didapati membina tidak mengikut peraturan yang kerajaan tetapkan.
10. Pengguna bangunan adalah mereka yang menggunakan bangunan untuk menjalankan aktiviti2 utama mereka mengikut tujuan bangunan itu dibina.Pemilik projek bertanggungjawab terhadap keselamatan, keselesaan dan kesihatan pengguna bangunan yang menggunakan bangunan tersebut. Kita tidak mahu ada pengguna bangunan yang jatuh sakit akibat terdedah pada bahan binaan atau cara binaan yang merbahayakan.
Kita tidak mahu ada pengguna bangunan yang tidak selesa kerana tiada aliran udara, cahaya atau sinaran matahari yang tidak mencukupi.
Dan kita juga tidak mahu ada pemgguna yang terhempap dalam bangunan akibat robohan atau runtuhan struktur atau terbakar dalam kebakaran yang tidak dapat dibendung akibat susunan ruang dalam rumah yang salah, penggunaan bahan binaan atau pemasangan sistem elektrik yang terdedah pada ancaman kebakaran mahupun desain bukaan tingkap dan pintu yang membahayakan.
Selamat membina.Build wisely.
Wang boleh dicari, nyawa tiada galang ganti.
Mahanom Mohammad