Kita belajar banyak cara untuk berjaya. Namun realiti dunia berniaga benar benar mencabar minda. Adakala sangat meletihkan. Ada masa menjerumus kepada putus asa.
Ramai usahawan ada sindrom semua benda nak buat. Apa sahaja yang boleh buat duit akan disentuh. Hingga lupa antara satu perkara penting perlu ada.
Iaitu fokus.

Fokus pada apa yang kita hendak capai. Jika tidak semua benda pun akan bertaburan.
Yang dikendong tak dapat. Yang dikejar berciciran.
Fokus perlu bila hendak buat keputusan.
Apabila hilang fokus, berkemungkinan menjurus kepada menghabiskan masa dan tenaga melakukan yang tidak membawa manafaat kepada apa yang hendak kita capai.
Latih diri untuk fokus.
Ia perlu ada pada setiap usahawan. Dengan meletakkan fokus pada satu perkara mampu menghasilkan satu kejayaan.