mahanom Mohammad

Fokus Apa Kita Mahu

Kita duduk dalam energy yang rendah bila seringkali risau, marah dan kecewa dengan apa yang berlaku disekeliling.

Kita rasa tergugat melihat orang lain lebih hebat.

Kita marah bila pelanggan, idea atau apa sahaja hak kita dicuri orang.

Kita sedih kerana segala rancangan terbantut bila bayaran lambat diterima.

kita mula fokus kepada apa yang kita sukar dapat.

Pemikiran kita dilatih untuk memikir tunai yang semakin tipis, kerja atau kontrak yang semakin sukar untuk dapat, skil yang tiada, bisnes yang semakin suam, impian yang semakin samar samar mahu hilang dari pandangan.

Dan fokus terarah untuk mencari jalan penyelesaian bagi meluputkan kebimbangan itu. 

Dan mulalah kita buat rancangan,lahirkan idea, fikirkan strategi bagaimana mahu mengelak daripada perkara-perkara yang kita risau dan bimbang itu daripada menjadi realiti.

Tanpa sedari, kita hanya membuang masa. Memikirkan perkara yang menghantui diri sahaja. Hingga tanpa sedar kita sendiri juga yang ‘menjemput’ perkara negatif itu betul-betul berlaku.

Namun saat kita lihat dari sudut berbeza. Fokus semula kepada apa yang kita mahu sebenarnya. Buang segala kebimbangan. Gantikan dengan kebahagiaan.

Memikirkan perkara yang membawa kepada bahagia dan gembira.

Bila kejayaan mencapai impian itu satu kebahagiaan. Fokus sahaja kepada mahu genggam kejayaan itu. 

Bila pengembangan bisnes itu menjadi satu butang lonjakan. Fokus sahaja kepada mahu mengembangkan bisnes. 

Bila angka jualan tinggi itu menjadi satu sasaran yang dikehendaki. Fokus sahaja kepada aktiviti dan rancang cara untuk mencapainya.

Fokus kepada apa kita mahu. Apa sahaja rancangan, idea, strategid dan destinasi, arahkan kepada apa yang kita mahu capai.

Dalam perjalanan, pasti ada cabaran dan halangan. Usah sampai fokus lari kepada kebimbangan. Pastikan arah semula kepada apa yang kita cari.

Kita dapat apa yang kita fokus.

Fokus apa kita mahu.

(Visited 59 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *