Entertainment Marketing

Ia adalah sejenis pemasaran bertujuan untuk besarkan zon selesa antara prospek dan kita.

Tujuannya adalah memberi hiburan untuk memetik emosi kegembiraan prospek.

Apabila prospek dalam emosi gembira, radar gelisah akan hilang apabila ditanya pelbagai soalan.

Apabila prospek dalam emosi suka, paras selesa mula menjelma hingga mereka bercerita apa yang mereka mahu.

Ada pelbagai teknik hiburan dalam taktikal strategi yang dijalankan.

Ia bergantung kepada ROI atau pulangan pelaburan yang dikehendaki.

Bila mahu ROI tinggi, pilihlah hiburan berskala besar. Seperti menaja majlis, bermain golf, mengopi di bistro, menata rias kuku bersama dan sebagainya.

Selain itu, hiburan seperti belanja makan di kedai mamak, hantar kek harijadi, beri cenderahati juga contoh baik entertaiment marketing.

Selesakan prospek, buat mereka gembira. Layani keseronokan mereka bercerita.

Dan apabila prospek telah cukup bersedia, bertanyalah soalan yang perlu kita tahu jawapannya. Untuk kita lebih faham apa yang mereka perlukan dalam kehidupan. Dan bagaimana produk kita dapat penuhi segala keperluan yang dimahukan pelanggan.

Entertainment Marketing, banyak digunapakai oleh syarikat korporat. Bajetnya juga tinggi kerana lonjakan pulangan ROI itu juga pasti.

Dan dalam memilih jenis entertaiment marketing yang sesuai, pastikan ia bukan sesuatu yang lagha. Hingga hanyut dalam arus dunia.

Pilih yang kita mampu. 
Pilih yang kita tahu.

(Visited 25 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *