Dua Sen Untuk Abang Besar

Seminggu dua ini, di dunia offline, saya dan beberapa pemain industri dan ahli akademi berbincang mengenai Pengurusan Fasiliti (FM).

Saya mengikuti perjalanan FM ini semenjak tahun 2006 lagi. Menunggu ia menjadi rasmi di Malaysia. Idea FM ini telah lama ujud di dunia maju. Jepun dan Singapura juga sudah lama adaptasinya.

Emartech pernah menjalankan kerja-kerja FM selama tiga tahun dengan sebuah syarikat swasta. Maka apabila ada usulan mengenai FM ini di awal tahun 2010, saya antara teruja mendengarnya.

Namun hati kecewa apabila hanya kontraktor G4 keatas sahaja dibenarkan untuk berdaftar di bawah kod bidang FM ini.

Lebih kecewa apabila kontraktor besar yang mendapat kerja ini bukannya tahu buat kerja pun. Hanya mensubkan pula kepada kami dengan harga rendah.

Tambah kecewa apabila banyak perkara tentang FM ini terutama dari segi time response, aset audit dan listing, dokumentasi dan pelbagai perkara terknikal kontraktor besar tidak tahu hingga melambatkan proses bayaran.

Malah kami kontraktor kecil G1 dan G2 yang selalu melakukannya dahulu pula kena ajar mereka cara tuntutan bayaran untuk hak kami, cara pengurusan kerja ditapak hinggalah buat laporan.

Saya pernah bertanya penguasa, kenapa kod bidang itu di sekat kepada kontraktor besar sahaja.

Jawapan yang diberi adalah nilai kerja selalunya cecah juta dan tidak sesuai untuk kontraktor kecil.

Saya ada usulkan, buka sahaja kod bidang itu pada semua. Nanti bila mahu keluarkan tender, biarlah penender yang buat keputusan mahu letakkan dibawah kategori gred yang layak untuk sertai.

Dengan terus meletakkan kepada G4 keatas, ia terus menutup periuk nasi kami dan memaksa tuan punya bangunan membuka tender hanya kepada kontraktor besar sahaja.

Bukanlah bangunan besar itu yang kami kejar. Dapat stor rumah JKR tepi jalan pun okay juga.

Tetapi tak apalah.
Suara kita di dunia kecil.
Beritahu ngo pun mereka tak buat apa-apa. Mungkin tiada manfaat pada ajk dan komiteenya.
Mahu berjumpa pengurusan tertinggi pun, siapalah kita… hanya budak kecil yang terus gigih berlari.

Maka kita layan sahajalah kehendak mastermind dan abang besar dalam industri.

Namun, teringat masa PRU dahulu, katanya akan ada perubahan pada dasar dasar yang dibuat sebelum ini.

Harapan saya, bila dibuat dasar-dasar itu, panggillah kami pemain sebenar industri.

Bukan patung, kroni, alibaba, orang politik atau dibuat berdasarkan pemerhatian pegawai yang hanya duduk di pejabat sahaja.

Dua Sen.

(Visited 32 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *