Downsizing vs Rightsizing

“Perlukah saya hentikan pekerja? Nak bayar gaji sendiri pun sakit, inikan pula nak bayar gaji pekerja.”

Semasa ditimpa kerugian berganda ganda dahulu, kami tak pernah buang staf.

Sebab?

Tuan suami selalu kata, jika kita buang mereka, mana mereka nak pergi? Tahun 2008 adalah tahun kegawatan. The Great Recession bagi negara barat. Peluang pekerjaan amat terhad. Kami ada staf OKU. Pasti sukar nak cari kerja diluar jika kami suruh dia berhenti.

Pada waktu itu kami ada dua kelompok pekerja.

Satu kelompok adalah pekerja mahir, kompeten, technician bagi menjalankan kerja-kerja maintenance M&E. Setiap bulan gaji perlu disediakan. Termasuklah caruman Epf dan Socso.

Dan satu lagi kelompok pekerja Kongsikong untuk kerja-kerja ubahsuai yang dibayar gaji hari. Tiada kerja, tiada gaji. Tiada kerja, mereka lari. Cari kontraktor lain pula. Yang ini selepas seminggu kita tak panggil kerja, mereka pun tinggalkan kita. Tiada masalah sebab hanya pekerja kontrak.

Waktu itu, kami strukturkan kembali operasi syarikat. Kerja-kerja mekanikal, kerja-kerja eektrikal dan kerja-kerja repair kecil dibahagikan kepada tiga department yang ditugaskan untuk mencari income cara berlainan. Semua operasi tujuan utama adalah untuk cari ‘duit hari-hari’.

Semua staf dipanggil meeting. Kami maklumkan kedudukan sebenar syarikat. Bukan sahaja dah bagai telur dihujung tanduk, dah macam mati segan, hidup pun tak mahu ketika itu. Tenat. Sangat tenat.

Reserve memang tiada. Kerja dalam tangan pun dah tiada. Jika ada wang, kami bayar gaji. Jika tiada wang, majikan hutang dulu.

Waktu kerja dipendekkan. Agar mereka ada lebihan masa untuk bersama keluarga. Kot kot nak buat kerja sambilan.

Cuma satu amaran, jangan cuba-cuba curi pelanggan Emartech. Bila mereka curi pelanggan Emartech, bermakna mereka curi hak staf staf yang lain. Kerana pada setiap sales dari pelanggan, ada bahagian gaji staf lain dalam itu.

Dan amaran lebih keras, once caught, you will be report to the police, dan akan di terminate tanpa bayaran gantirugi sebab breaching the contract. Surat hitam putih dikeluarkan dan di sain oleh semua pekerja.

Tapi saya ingat sangat ketika itu, pesan kami bagi staf yang ada anak kecil. Jika putus susu anak dan makan di rumah, cepat beritahu, kami usahakan sesuatu. Bak kata PM hari ini, yang penting pastikan kita ada makanan diatas meja setiap hari.

Team leader setiap pasukan diberi tanggungjawab mendapatkan sasaran jualan mingguan. Instead of bayar gaji hujung bulan, kami bayar staf gaji hujung minggu. Marketing kami cukup simple. Cold calls saja. Dari database yang ada, telefon semua pelanggan lama lama. Tawarkan servis pada harga mampu bayar. Yelah, masa tu semua orang susah.

Staf hijack masa susah? Tuan-puan, semasa inilah kita boleh tahu siapa setia bila kita susah, siapa sailang kita waktu kita sedang lara.

Kita majikan, kita ada instinct majikan. Kita boleh baca dan bau. Susah nak dapatkan bukti? Apa saya buat adalah angkat tangan dan doa sahaja. Jika mereka tidak setia dan amanah, bukalah hati mereka untuk keluar.

Dan selalunnya doa majikan pada staf mudah makbul. Ada saja yang berhenti sendiri 24jam kerana terpikat dengan tawaran luar. Atau tak tahan duduk dalam kapal yang hendak terbalik.

Bila krisis kewangan kami pulih, tinggal 4 orang staf sahaja. Dan kami pulun habis-habisan.

Staf nak berhenti, tiada orang nak buat kerja? Tuan puan, masa inilah kita sendiri turun padang. Semasa dapat kerja fasiliti maintenance, saya pernah turun ke pejabat pelanggan susun pasu dan letak baja. Lebih teruk dari itu pun ada.

Buang ego nak duduk pejabat sentiasa. Buang malu kalau terserempak dengan kawan-kawan kita. Bila dalam keadaan susah, ini bukan lagi ujian atau cabaran. Ini makanan ruji kita. Buat saja. Asal halal. Tidak rasuah. Tidak mencuri. Tidak susahkan mak ayah. Jalan saja.

Staf hina hina kita? Tuan puan, bila orang hina kita, jangan dilihat kata-kata hinaan. Tapi ambillah ia sebagai teguran Allah pada kita. Jika kata-kata itu sesuatu yang benar, muhasabahlah. Jika tidak, ignore sahaja. Nak sakitkan hati sendiri dah kenapa?

Downsizing perlu bila kita tidak mampu. Contoh, sudah tak mampu nak bayat sewa pejabat besar, pindahlah ke pejabat kecil.

Sudah tidak mampu bayar bil elektrik, jimatkan penggunaan. Sudah tidak mampu sediakan stok makanan dan minuman di pantry, maka kurangkan. Sudah tidak mampu nak bayar lori dan van, pulangkan pada bank dan buat struktur bayaran semula ikut kemampuan.

Tapi buang staf tidak perlu. Staf yang ada, multi tasker kan mereka. Ubah skop kerja contoh konten creator, SOP developer, marketing dan sales, data entry apa sahaja.

Jika mereka faham dan setia waktu sukar, mereka akan stay dan harung bersama. Jika mereka tidak tahan, kerana gaji lambat dsbnya, dan hendak keluar. Jangan tahan mereka.

Dalam setiap staf kita, ada rezeki Allah beri. Sebagai majikan, kita hanya di pilih untuk jadi pengantara rezeki yang Allah sudah sediakan pada mereka.

Asal kita berusaha insyaallah akan dimudahkan.

Downsizing?

Kami hanya kecilkan staf bila tukar bisnes model. Apabila dasar industri berubah dan kerja kerja fasiliti hanya diberi kepada kontraktor besar, di tambah pula dengan perlaksanaan GST. Makin haru jika bisnes model lama diteruskan.

Sudah pasti bila bisnes model berubah, aktiviti syarikat juga berubah. Struktur syarikat juga berubah. Ada staf yang tahan, dan stay. Ada staf jadi bosan dan pergi.

Simpanlah staf jika mampu. Gunakan kemahiran yang mereka ada untuk bantu kita berkembang semula. Terus terang pada mereka tentang kedudukan syarikat. Jangan halang jika mereka mahu pergi. Jangan pandang sepi idea yang mereka mahu beri.

Jika kita kontraktor dah mahu tukar bisnes model kepada perkhidmatan essential service. Silakan. Kerana itu perkhidmatan terhangat ketika ini.

Jika personal assistant kita yang dah biasa glamor duduk ofis, buat tender, filing dan sebagainya, dan perlu di tukar skop kerjanya jadi tukang hantar barang dari rumah ke rumah, tukarlah.

Tiada undang-undang kata kita tak boleh tukar staf ke jabatan atau skop kerja berlainan dari kemahiran. Dah masa PKP kemahiran tender dan filing, waktu itu tak diperlukan. Gaji tetap kena bayar jugakan.

Jika kita ada bakery jual kek. Tukar sahaja bisnes model kita jual roti pula. Guna dapur yang sama. Peralatan yang sama. Cuma perlu tukar sedikit cara beroperasi.

Mana tahu, bila tukar aktiviti, kita dapati bisnes model baru ini lebih sesuai dihati kita. Nanti selesai PKP, teruskanlah sahaja.

Ada kajian mengatakan apa jua permintaan tinggi di waktu PKP, permintaan itu dijangka akan terus hidup walaupun selesai krisis ini nanti.

Downsizing itu perlu. Tapi jika mampu, usahlah buang staf. Kasihan mereka hendak kemana. Kecuali mereka yang berhenti sendiri. .

Disetiap kesusahan yang Allah hadirkan, ada kesenangan yang Allah nak beri.

Maka bertahanlah. Kita akan alami waktu sukar jika tidak bersedia.

(Visited 357 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *