Cara Menuntut Poin CCD
1. 10 CCD poin diberi kepada kontraktor yang memberi Latihan Industri kepada pelajar dari IPTA tempatan. Ada 3 dokumen diperlukan.a. Surat pengesahan dari IPTA pelajar, mengandungi maklumat nama pelajar, no kad pengenalan, no metrik, nama kursus dan tempoh latihan dijalankan.
b. Surat tawaran dari majikan yang mengandungi maklumat seperti diatas juga.
c. Borang CIDB/ CCD/ 2016/ 02. Borang ini boleh didapatkan melalui pautanhttp://www.cidb.gov.my/…/bor…/borang-permohonan-ccd-2016.pdf
abaikan info mengenai bayaran – ia tidak terpakai untuk tuntutan ini.
2. 5-10CCD point juga diberi kepada kontraktor yang terlibat dalam program CSR sebagai satu tanggungjawab sosial. Isikan borang yang sama tambahan kepada dua perkara ini.
d. Bagi kerja CSR, pula kontraktor boleh sertakan surat memohon kebenaran kepada pihak masjid untuk melakukan kerja tersebut
e. Dan dokumen DO sebagai tanda kerja telah disempurnakan.
3. Borang CIDB tersebut ada dua mukasurat. Mukasurat pertama, kontraktor boleh mengisi bahagian A, B dan C. Agak mudah. Di bahagian C letaklah nama tuan puan sebagai pendiri perniagaan.
4. Pada mukasurat ke dua pula, di bahagian D, bagi ruang tajuk, kebiasaannya Emartech letak –
a. Khidmat Masyarakat (CSR) Latihan Praktikal (OJT) Penempatan Pelajar Latihan Industri Dari (Nama IPTA).
atau
b. Khidmat Masyarakat (CSR) Kerja-kerja Pembersihan Di Masjid xxxxxxx sempena xxxxxxx.
5. Untuk subjek penganjuran pula – pilihlah samada pelajar tersebut adalah dari jurusan teknikal atau bukan teknikal.
Sama seperti kerja CSR lain, jika kerja yang diberi itu kerja teknikal, tandakan diruang teknikal.
6. Di ruang Keterangan Mengenai Program – Emartech akan mengisi nama pelajar dan kursus yang mereka ambil
– contoh – Firdaus Bin Radzuan – Diploma in Mechanical Engineering.
atau
Kerja-kerja pembersihan xxxxxxxx (sama seperti di 3b)
7. Di ruang Alamat Lokasi Penganjuran pula boleh letak alamat penuh syarikat kita – tempat dimana pelajar ditempatkan atau alamat penuh tempat di mana aktiviti CSR itu dilakukan.
8. Untuk Yuran pula, jika ada letakkan. Bagi CSR untuk OJT saya letak Elaun Pelajar + Makanan + OT = RM500 sebulan.
9. Simpan 3 dokumen 1a+1b+1c untuk tuntutan poin CCD bagi penempatan pelajar latihan industri.
10. 1 pelajar dari 1 kursus melayakkan kontraktor mendapatkan 10 poin ccd.
11. Sekiranya ada 4 pelajar, A, B, C dan D. Dimana A dan B dari IPTA yang sama tetapi berlainan kursus – anda perlu mengisi dua borang berlainan. Satu untuk A dan satu untuk B dan anda mendapat 20 ccd poin.
12. Jika C dan D adalah dari satu kelas yang sama – anda hanya akan diberi 10 ccd poin sahaja. Jadi hanya isi satu borang sahaja. Dan letak nama kedua pelajar ini seperti di No 6.
13. Simpan 3 dokumen 1c+1d+1e untuk tuntutan poin CCD bagi 2d+2e bagi semua kegiatan CSR.
13. Semasa hendak membuat pembaharuan lesen, anda boleh menyerahkan dokumen-dokumen ini sebagai dokumen tuntutan CCD poin.
14. Tuntutatan hanya sah dalam tempoh lesen hidup. Contoh jika lesen anda hidup antara 1 Januari 2017 dan akan tamat pada 31 Disember 2019, hanya kegiatan ambilan pelatih OJT dan kegiatan CSR pada tempoh itu sahaja akan dikira.