Cara Fikir

Ada yang bertanya, kenapa saya tidak menulis secara khusus untuk semua kontraktor dalam kontraktor.

Secara rambang, dalam industri binaan, sata lihat ada tiga golongan kontraktor.

1. Mereka yang berminda bisnes – mereka ini berbakat dan boleh berdiri atas kaki sendiri.

2. Mereka yang masih mencari arah (antara nak jadi tukang atau kontraktor) – mereka ini boleh berdiri diatas kaki sendiri cuma perlu diasah skil pengurusan.

3. Mereka yang duduk tunggu disuap – mereka ini ada gam di tangan. Sebab itu tongkat kuat melekat.

Sebagai orang bisnes, saya faham cabaran mereka dalam golongan pertama. Melalui pengalaman dan sedikit pengetahuan saya cuba berkongsi untuk leraikan kekusutan dalam pengurusan harian mereka. Kebanyakkan adalah cara meluaskan pasaran, mendapatkan pelanggan dan tuntutan bayaran.

Bagi mereka dalam golongan kedua pula, saya masih cuba untuk mengajak mereka menukar cara fikir dan kerja. Kita mahu mahir di tapak sampai bila? Kehidupan perlu ditambah baik dari segi ibadah, riadah dan stail kehidupan. Belajar delegasi dan pimpinlah pasukan. Uruskan perniagaan terutama bab kewangan.

Untuk yang dalam golongan ketiga pula, tiada apa-apa yang boleh dilakukan. Minda golongan ini memang dah tertutup dan masih tak boleh move on. Mereka rasa satu kewajipan untuk kerajaan suap mereka dengan projek tanpa mereka perlu susah payah berusaha. Bila tak diberi, maka timbullah pelbagai rungutan dan tuntutan. Yang kelakarnya, bila dapat projek, mereka tak buat pun. Hanya makan 5% atas angin. Nak kerja senang.

Kerana itu saya memilih untuk menulis di ruang media sosial sendiri. Bila menulis dalam komuniti kontraktor yang golongan kedua dan ketiga, saya faham bukan semua boleh terima pemikiran apa yang saya sampaikan. Dapat pula komen skeptikal dari mereka, boleh jadi kemurungan jiwa saya. Sebab? Sebab sudahlah mereka tiada cara fikir orang bisnes, cara komen pula seperti tiada cara fikir mahu berjaya.

Pernah bila saya tulis, sebelum dapat kerja, reikilah kewangan pelanggan tu macammana, pernah ada kes tak bayar ke, pernah ada reputasi bad paymaster ke, supaya dapat kurangkan risiko tidak dibayar. Ada pula yang komen skeptikal kata saya ajar sebelum hantar sebutharga, kena minta bank statement pelanggan nak tengok kemampuan pelanggan.

Pernah juga saya tulis, bila laporan kewangan tidak diurus dengan baik, berpada-pada letak projek banyak-banyak di fb, nanti ada lembaga query, levi bayar tak, cukai declare tak, dah di viralkan kata saya ajar lari dari LHDN pulak. Mereka ni belum kena, belum rasa. Jadi kita senyap sajalah.

Bila saya turun padang kongsi ilmu dengan pelapis industri, ada pula yang komen mahu ambil kesempatan pada mereka pula. Yang herannya, yang datang kelas, tak komen. Tapi orang yang buat kelas takde orang datang pula yang sakit hati.

Kadang-kadang komen yang beginilah buat saya malas nak menulis dan berkongsi cerita di medan yang tidak mengenali saya. Lebih banyak fitnah yang saya dapat nanti.

(Visited 67 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *