‘Bukan Sekadar Mimpi’ adalah satu slot motivasi dalam Seminar Pendaftaran Kontraktor G1 Bumiputera yang dianjurkan oleh CIDB Wilayah Persekutuan pada 11 Disember 2019 di Hotel Tamu & Suites Kuala Lumpur. Acara ini menghimpunkan kontraktor Gred 1 serta pelatih industri dari ABM.
Dalam program ini saya berkongsi dengan peserta mengenai perniagaan kontraktor yang tidak seindah drama yang selalu ditayangkan di telivisyen.
Kitaran Perniagaan
Dalam kitaran kehidupan usahawan, mereka tidak lari dari perlu menghadapi fasa-fasa bertatih, berdiri, berjalan, berlari, terjatuh dan berlari laju semula. Begitu juga perniagaan kontraktor. Bagi adik-adik pelatih perlu bersedia menghadapi cabaran pada setiap fasa.
Setiap perniagaan juga mempunyai kekuatan dan kelemahan yang dicetuskan oleh faktor dalaman perniagaan dan boleh dikawal dan diuruskan.
Perniagaan juga mempunyai ancaman dan peluang yang lahir dari faktor luaran perniagaan seperti pergelokan politik, perubahan ekonomi, cara manusia bersosial dan yang paling ketara adalah perubahan teknologi.
Survival Kontraktor
Dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil dan tempias politik yang asyik berbalah, kontraktor perlu tahu bagaimana hendak menguruskan kelansungan hidup agar tidak terbeban kewangan dan emosi diri.
Komunikasi adalah sangat penting kerana cara kontraktor wanita dan kontraktor berfikir adalah berlainan dan adakala boleh mencetuskan salah faham dalam menyampaikan idea atau rundingan.