Bukan Kaleng Kaleng

Program ini adalah program Latihan Teknopreneur Rintis Niaga Giatmara Zon Sabah (Soft Trade) yang telah diadakan pada 8 – 14 Julai 2020Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu.

Ia sebenarnya adalah satu program yang dianjurkan oleh Giatmara dan dipimpin oleh Humex Malaysia Skill, satu firma penyedia latihan yang ditugaskan untuk menyempurnakan program secara keseluruhan.

Kehadiran saya hanyalah untuk menyampaikan module keusahawan dari sudut pandang seorang usahawan sendiri.

Ada lima belas peserta yang terpilih untuk Zon Sabah dari beribu permohonan. Mereka semua datang membawa pelbagai cerita. Pengalaman hidup yang mendewasakan mereka. Kesukaran hidup yang menjadi modal tabah mereka. Desakan hidup yang merunsingkan mereka.

Mereka datang bawa impian. Mahu menukar status hidup dan keluar dari pelbagai kepayahan. Mahu anak dan keluarga terbela. Mahu tutup kisah silam yang lara.

Saya mulakan dengan sesi brainstorming dan bina keyakinan diri mereka dahulu.

Saya katakan pada mereka, “Buat apa kamu merendah di bumi, bila kamu ada sayap dan mampu terbang tinggi?”

May be an image of 4 people

Dahulu mereka berkata “Saya buat bisnes spa. Mengurut mereka yang letih badan”. Kini mereka yakin berkata, “Sentuhan jemariku menyegarkan dirimu, setenang lautan air membiru”.

Dahulu mereka berkata “Saya alter jeans”. Kini dengan yakin mereka berkata, “Saya bantu serlahkan gaya lasak anda yang sebenar”.

Dahulu mereka sukar berkata-kata, pada hari akhir sudah nampak mereka berlumba mahu jadi orang pertama, mahu sahabat lain dengar gaya pitching mereka. Hari ini hari terakhir mereka.

Program tujuh hari mereka selesaikan dengan jayanya.

Lagu Jojo, ‘Bukan Kaleng-Kaleng’ dijadikan lagu tema sejak hari pertama. Juga sebagai satu bekalan selepas ini bagi menaikkan semangat mereka.

No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.
(Visited 24 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *