PKP bukan sahaja menjadikan perjalanan perniagaan kita terganggu. Ia juga menyebabkan produktiviti kita semakin lama semakin mengecil. Momentum-momentum kejayaan semakin lama semakin pergi.
Lama-kelamaan kita mula rasa stuck dalam hidup. Rasa susah nak move on. Rasa bosan dengan rutin yang sama. Rasa terperangkap dalam sesuatu trend.
Akhirnya kita tidak tahu nak keluar ke mana.
Walau banyak perkara cuba dilakukan, rasa bosan itu tidak juga hilang. Malah semakin bertambah hingga kita rasa lemas didalamnya.
Ini yang saya lakukan apabila melihat kes semakin lama semakin tinggi. Tujuannya untuk mengubah pola sedia ada dan bergerak laju kehadapan semula.
1. Berubah
Lihat sekeliling, adakah kita terperangkap dengan market trend lama. Banyak perkara sebenarnya telah berubah. Marketing dan Sales dilakukan dalam talian. Apa yang kita lakukan 5-10 tahun lepas sudah ‘basi’ dan kita akan stuck bila tidak berubah seiring perubahan.
2. Beri Semula Tumpuan
Jangan layan benda remeh temeh yang boleh mengalih tumpuan dalam perjalanan menuju kejayaan. Distraction sangat tidak membantu, hanya perlahankan perjalanan dan boleh menyakitkan jiwa.
3. Beri Bantuan
Cuba alihkan objektif kepada satu perkara lebih besar, iaitu mahu memberi semula. Tapi awas, berikan pada mereka yang mahu. Usah berkeras memaksa mereka menerima apa yang mungkin pada kita baik untuk mereka. Ia hanya merendahkan nilai ilmu bila diberi pada mereka yang tidak mahu menerima.
4. Buat Perkara Baharu
Buat sesuatu yang baharu. Yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. erikan pada Mencorak kain ketika ia masih putih. Melentur buluh dari rebungnya. Rendahkan diri untuk sampai kepada mereka yang berada di bawah kita. Namun, jaga diri jangan sampai diperguna dan hanya dicari bila perlu sahaja.
5. Istiqamah
Istiqamah dalam pekerjaan. Ilmu dan idea mesti dikembangkan hingga menjadi bahan rujukan. Ia akan menjadi beku apabila kita berhenti separuh jalan. Bila ada ruang untuk itu, ambil dan gunakan sepenuhnya.
6. Semai Benih Yang Baik
Semai benih di tapak yang betul. Kemana pun pohonnya melambai ditiup angin, pokoknya tetap berdiri di atas akar yang telah dipasakkan.
7. Belajar Bekerjasama
Kita boleh menjadi terbaik bila bekerja sendiri, tapi kita boleh pergi lebih jauh dari itu apabila kita bekerjasama dengan orang lain.