Pada awal berniaga, model perniagaan yang dijalankan adalah hanya jualan, jualan, jualan.
Ada projek, ada duit masuk, adalah bisnes.
Pada waktu ini gaya tokay diserapkan dalam mengurus perniagaan.
Barang tunggu tokey arahkan. Hendak masuk tapak tunggu tokey arahkan. Hendak tutup tapak pun tunggu arahan tokey.
Segala keputusan berdasarkan arahan tokey. Jika tokey demam, projek pun demam juga.
Bila timbul kecelaruan dalam pengurusan, tokay akan menetapkan cara bagaimana menguruskan segala masalah.
Disinilah tokay menetapkan budaya perniagaannya semasa mengembang.
Barangan atau desain projek yang dipilih untuk digunakan adalah berdasarkan pengetahuan yang tokey ada.
Ini adalah tahap permulaan. Perniagaan cara ini mampu berkembang.
Apabila berkembang, beberapa perubahan perlu dilakukan.
Bila tidak, perniagaan akan ‘jatuh sakit’. Bila tidak di ubat, keberangkalian untuk gulung tikar ada. Malah keberangkalian untuk projek terbengkalai juga adalah tinggi.
