Modul ‘Game Changer’ yang saya bawa semasa program Bina Semula adalah satu module ringkas sebagai satu transformasi untuk kita bangkit bersama setelah mengharungi cabaran PKP.
Game Changer juga adalah salah satu langkah strategi di bawah Dasar Pembinaan Negara 2030 yang dibangunkan di bawah Kementerian Kerja Raya.
Dasar Pembinaan Negara 2030 ini dibangunkan untuk menambah baik sistem penyampaian bagi memastikan kejayaan projek pembinaan awam dan swasta dengan meningkatkan kualiti pembinaan melalui Teknologi.
Boleh baca mengenai di sini.
Namun, Modul Game Changer yang saya hendak bawa nanti adalah strategi dalam perniagaan di mana seseorang itu mampu membangunkan sesuatu nilai yang unik dan mempunyai nilai berharga hingga pesaing pun mahu menjadi pelanggan atau rakan strategik mereka.
Mereka yang ada minda Game Changer ini selalunya bukan sahaja menjadi trend setter dalam pasarannya, fokusnya hanya pasaran niche dan walaupun pasaran itu kecil, ia tetap mampu mendominasi pasaran tersebut melalui perkhidmatan, kepakaran dan pengaruh yang ia ada.
Susah ke nak jadi Game Changer?
Tidak.
Kita tidak perlu menjadi kreatif dan inovatif, cuma kena ada ‘sense’ atau kemampuan berfikir di luar kotak dan ‘tak hurung benda yang sama’.
Dan hendak menjadi Game Changer pula kena berani menongkah arus, tidak peduli apa orang kata, asal kita tidak buat benda yang Allah murka.
3 perkara utama yang saya sebut dalam Game Changer adalah
1. Bina Kepintaran dan Kecerdasan Perniagaan.
2. Bina Kecekapan Pemasaran.
3. Bina Semula lebih baik, lebih bagus dan lebih hebat.
InsyaAllah saya akan kupas perlahan lahan.