K111 – Bina Rumah Sempurna

Rumah kini menjadi satu keperluan bagi setiap keluarga. Rumah bukan sahaja melengkapi tanggungjawab setiap ketua keluarga dalam menyediakan tempat berteduh dan perlindungan bagi anak dan isteri, tetapi tempat melahirkankan budaya sendiri dalam proses membangunkan keluarga sakinah.

Membina rumah bermula dari memiliki sekeping dokumen yang sering dikenali sebagai geran. Tetapi tidak semua dokumen yang dikenali sebagai geran itu melayakkan pemiliknya membina rumah tanpa perlu melalui proses tertentu.

Disinilah pentingnya bagi seorang kontaktor itu mempunyai kemahiran dari membaca dokumen tanah hingga selesai menyerahkan kunci rumah yang dibina bersama sijil kelayakan menghuni.

 

 

Asas kepada kelengkapan rumah bukan sahaja terletak pada rekabentuk dan struktur tetapi juga kepada sistem sokongan bangunan, lekapan dan kemasan bagi memastikan rumah tersebut boleh berfungsi dengan baik.

Dan untuk membina rumah yang baik, kontraktor mestilah mempunyai peruntukan bajet yang betul sesuai dengan reka bentuk dan spesifikasi yang diinginkan pelanggan.

Diriwayatkan oleh Nafi’ Bin Abdul Harith daripada Nabi SAW. Baginda bersabda;

مِنْ سَعَادَةِ الْمَرْءِ الْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيءُ

Maksudnya: “Antara (tanda) kebahagiaan seseorang ialah rumah yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan tunggangan yang elok.” Riwayat al-Bukhari (457) di dalam al-Adab al-Mufrad

Apakah maksud ‘rumah yang luas? Adakah keluasan ruang atau kelapangan dan ketenangan jiwa?

Bagaimana kita dapat membantu pelanggan menemui kebahagiaan mereka dalam rumah kediaman yang kita bina?

Bagaimana mahu tawarkan perkhidmatan apabila tidak pasti proses dan pematuhan industri yang perlu diikuti.

Apakah rumah yang kita bina untuk pelanggan itu betul sempurna dan berfungsi sepatutnya dari sudut keselamatan, keharmonian, ekonomi, cara hidup dan paling penting dari sisi akhlak dan agama?

Bagaimana mahu hadapi persaingan yang hebat dalam pasaran bila pelanggan punya banyak pilihan?

Apakah cara terbaik membentangkan cadangan dan kaedah binaan rumah bagi memikat hati pelanggan?


May be an image of 4 people, people standing and people sitting

Antara ulasan peserta:

Terobek Kursus bersama Pn Mahanom Mohammad utk Topik : Bina Rumah Sempurna di TD1303 Kuala Terengganu. Banyak input dapat diperolehi semasa menghadiri kursus selama 1 hari ini.

Bagaimana membina rumah dengan sempurna. Apakah maksud sempurna?

Maksud sempurna adalah rumah tersebut dibina dengan sempurna sehingga memperolehi CF @ CCC untuk rumah tersebut. Selain itu, maksud sempurna juga adalah rumah tersebut “less defect”. Agak mustahil untuk menyiapkan rumah dengan “Zero Defect”. Tetapi kita sebagai kontraktor boleh meminimakan setiap defect dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yg kita sedang lalui.

Mohd Nasrul Baharudin – Rekajitu Homes – Kelantan 

Peserta Bengkel K113 Terengganu, 2020


Jadual Bengkel

2020

Ogos  – 26/8/2020 – Kuala Terengganu


(Visited 664 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *