Mahu Nampak Hebat, Tampakkan Diri Hebat
Ada manusia terpaksa merendahkan orang lain supaya diri mereka nampak tinggi.
Ada manusia rendahkan diri macammanapun, tetap nampak tinggi di mata orang lain.
“Jadi seperti manusia yang kedua tadi” Pesan seorang guru.
Sentiasa jaga kualiti diri.
Sentiasa mahu jadi lebih baik dari semalam.
Sentiasa tinggikan nilai diri, bila sudah capai nilai yang dimahukan.
Dan dalam mendapatkan semua itu, pandang cermin dan lihat bayang diri sendiri.
Apa lagi kekurangan yang boleh diperbaiki.
Apa lagi bakat yang boleh dipertengahkan.
Apa lagi potensi diri perlu dikeluarkan.
Lihat pada diri sendiri.
Jika rasa diri hebat, dan mahu orang kata kita hebat, dabik saja dada dan maklumkan pada semua. “Aku Hebat.”
Itu lebih baik dari bercerita kekurangan orang lain.
Orang itu tidak hebat. Dia itu tidak pandai. Dia itu berlagak. Dia itu bodoh.
Dia itu, dia ini. Semua hal keburukan dan kelemahan orang lain mahu dimaklumkan.
Kemudian disuruh bandingkan dengan dirinya yang super hebat itu.
Dengan hasrat, bila orang nampak kecacatan insan lain, secara tidak lansung akan nampak kehebatan diri sendiri.
Teknik begini, teknik desperate nak nampak hebat namanya.
Desperate nak orang tahu mereka super hebat.
Bila mahu nampak hebat, paparkan kehebatan diri sendiri. Cukup.
Tidak perlu desperate merendahkan orang lain. Mengelar orang lain dengan gelaran rendah. Malah ajak orang lain ketawakan sama.
Bila mahu nampak hebat, beri pada kualiti hebat juga.
Biarkan kehebatan itu sampai pada hati mereka yang dapat rasa kehebatan yang diberikan.
Kita mungkin seronok merendahkan orang lain.
Tanpa sedar cara itu juga serlahkan kelemahan diri yang tidak mampu tunjukkan kehebatan sendiri.