Ada beza ke membina bangunan dalam pasaran kerajaan (bangunan awam) dan membina bangunan dalam pasaran swasta (bangunan persendirian)?
(Bangunan adalah terma standard dalam industri merujuk kepada rumah, sekolah, dewan, masjid, hospital, stor dan seumpamanya.)
Ya, ada beza besar. Terutama dari kaedah perlaksanaan dan pengurusan projek yang tersusun, bersistem dan lebih berstruktur.
Di bawah binaan projek awam yang diuruskan oleh agensi kerajaan, ia dijalankan di bawah peraturan JKR seperti yang disebutkan dalam Borang PWD203, PWD203A dan PWD yang lainnya.
Bila kita buat foundation, atau asas tapak, stump atau tunggul tiang perlu di hantar ke makmal untuk pengujian ketahanan. Sudah lepas ujian makmal, barulah boleh terus ke fasa seterusnya.
Melaksanakan kerja bawah pasaran kerajaan ada consultant yang pantau. Mahu buat claim pun, kena consultant approvekan tuntutan. Bila kita ada pengalaman melaksanakan kerja dalam pasaran kerajaan, kita terdedah dengan pelbagai akta dan peraturan. Kita perlu tahu the do and the dont dan kemudaratan yang perlu ditanggung, serta risiko bila kita cuba mengelak buat kerja tak ikut skop kontrak.
Itu sebab saya selalu pesan pada kontraktor pelapis, walaupun tak menang tangan dapat job dalam pasaran swasta, usahakan juga untuk buat kerja bawah kerajaan. Dapatkan dedahan bila perlu berunding dengan consultant. Kita tidak akan tahu, di masa hadapan, kita mungkin ada peluang besar melaksanakan kerja di bawah konsortium, PFI, penswastaan, special projek dan lain-lain.
Waktu itu, bila profile company menunjukkan kita pernah buat kerja di bawah PWD, mereka akan lebih yakin dengan kita untuk melaksanakan kerja mereka.
Tetapi, bila profile kita tunjuk kejayaan kita membina beratudsratus bangunan kediaman.
CCC pun tiada, dokumen kontrak pun tidak tahu, integriti pact pun tak mahu sain – rasa yakin melibatkan kita dalam projek mereka semakin berkurang, rasa takut projek terbengkalai dan jadi gajah putih pula menjelma.