K107 – Bengkel Tender Berkarisma Berintegriti

Mahanom Mohammad

Idea Bengkel K107, lahir setelah Bengkel K103 diadakan.

Ini adalah bengkel setengah hari yang berkongsi cara-cara penyediaan dokumen untuk menyertai tender dan sebutharga.

Bengkel ini adalah cetusan alumni K103 yang mahukan kelas khusus untuk mempelajari cara-cara menyertai sebutharga penuh berkarisma dan berintegriti. 

Perkongsian juga termasuk klausa-klausa penting yang boleh menjadikan sebutharga sah untuk tuntutan undang-undang. Ia juga termasuk cara-cara menyediakan kertas cadangan.

Mahanom Mohammad

“Nak dapat projek kerajaan, kena ada kabel, kena guna kartel, kena bayar rasuah.”

Dahulu, saya juga dimomokkan untuk menang sebutharga dan tender, mesti guna taktik ini – ada kable, guna kartel dan bayar rasuah.

 

Tetapi, dengan strategi yang betul dan taktik yang patuh syariah, kami dianugerahkan banyak sebutharga dan tender, tanpa tiga taktik yang tidak beretika seperti diatas.

MAHANOM MOHAMMAD

Taktik kami adalah tonjolkan kita adalah kontraktor yang berkarisma dan berintegriti. Walau tiada pengalaman, walau tiada staf, walau baki bank tidak berjuta, tetap dapat markah tinggi semasa penilaian komitee.


Sipnosis Bengkel

Menyertai tender dan sebutharga adalah satu usaha bagi mendapatkan projek dan kerja.

K107 berkongsi SOP ringkas menyertai tender dari mula hebahan dibuat hingga bayaran diterima. Ini temasuk tatacara semasa lawatan tapak diadakan. Cara menyediakan dokumen. Dokumen sokongan yang boleh menyakinkan komitee. 

Bengkel ini juga berkongsi  

1.  Apa perlu dilakukan setelah mendapat tawaran kerja. 

 2.  Kerja audit yang perlu dibuat sebelum masuk tapak. 

 3.  Penyediaan kerja awalan atau preliminaries termasuk bond dan jaminan insuran. 

 4.  Mendapatkan modal untuk memulakan kerja. 

 5. Dokumen yang perlu ada sepanjang kontrak dijalankan untuk mudahkan urusan bayaran.

6. Tuntutan Bayaran Akhir.


Objektif Bengkel

Setelah menamatkan bengkel ini , peserta akan dapat:

a. Membangunkan bajet dan sasaran jualan serta mengenalpasti pasaran yang hendak ditakluki.

b. Menyediakan perancangan penyertaan kuantiti tendermenggunakan sales lead.

c. Penyediaan dokumen sokongan untuk memenangi hati komitee.

d. Penyertaan tender secara offline dan online. 

e. Berpegang teguh kepada prinsip integriti selari dengan kehendak iman dalam beragama.

 


Apa Kata Peserta

May be an image of text that says "Atas ilmu tendering dan paling penting ilmu Integriti 11:08 banyak nak cerita kat Puan Ceritalah 11:09 walaupun saya take break tapi tetap renew ilmu dari puan 11:09 Dah dapat 2 job. Rezeki sebab selalu doa jauhkan kami dari urusan yang tidak betul 11:10 Apa2 mesti refer buku nota 11:10 Moga urusan puan dipermudahkan 11:11 Dah dapat 2 job. Rezeki sebab selalu doa jauhkan kami dari urusan yang tidak betul 2 job tru tender? 1 ep inden 11:12 11:12 Wah tahniah. Buat kerja betul-betul. Pegang amanah pelanggan. Insyaallah akan buka rezeki lebih besar lagi. 11:49"

May be an image of text that says "TODAY salam puan mahanom saya ni 17:15 17:15 nak maklum jer ni 17:16 testimoni juga 17:16 saya dpt kontrak pembekalan makanan bermasak utk sekolah2 17:16 17:16 rm4juta ++ 17:16 utk kontrak tempoh dua tahun 17:17 saya nk maklum. saya praktiskan k107 tu 17:18 mmg menjadi.. cara kita isi borang kita akan jadi wow faktor kpd penilai tender 17:10"


Jadual Bengkel

2020 -2021 – Kelas Dalam Talian

Langganan bermula sekarang sehingga 31 Disember 2021 – daftar di bawah.

2020

Januari – 18/01/2020 – Taman Melawati

2019

Ogos – 03/06/2019 – Taman Melawati

April – 04/05/2019 – Wangsa Maju

2018

Disember- 4/12/2018- Wangsa Maju

Disember – 8/12/2018- Bangi

Disember – 18/12/2018- Johor Bahru


Lagi Kata-kata Peserta

Riangnya bukan kepalang apabila kelas yang saya join memberi kesan yang amat positif.   “Kelasnya santai bersahaja  dan yang paling menjadi tarikan kerana guru ini beriya memperjuangkan Integriti dalam bisnes kontraktor amnya.  Inilah yang menjadi dilemma industri untuk anak muda. Maka kami tim Quantity Surveyor Muda pilih untuk juangkan tolak sogokan. Tolak rasuah. Tolak duit tepi.

Di kelas Tender Berintegriti,  antara point padu yang saya peroleh.

1. Beri lebih dari yang dipinta. 

2. Pasikan tim bersedia dengan rujukan Schedule of Rate, harga semasa, cop company, cop nama, sehinggalah penghantar surat harus dirancang rapi.

3. Target sale. Ini untungnya join kelas hujung tahun. Sebabnya kita merancang untuk tahun hadapan. 

4. Berani masuk tender sebab rezeki Allah dah tetapkan. Bukan sebab orang dalam bukan sebab pilih kasih bukan sebab sogokan. Mitos ini karut dan tak benar. Mitos ini menjadi punca orang yang berintegiri tak berani masuk tender. 

Mahanom Mohammad


5 ELEMEN UTAMA
DALAM BENGKEL KONTRAKTOR K107

1

TAHU SASARAN JUALAN

2

KENALI PASARAN DAN SOP PELANGGAN

3

SALES LEAD

4

BERI LEBIH DARI YANG DI MINTA

5

TIADA YANG SIA-SIA BAGI SETIAP USAHA


Bagi yang tidak berpeluang menghadiri Bengkel K107, boleh langgani kelas dalam talian dengan mendaftar di bawah.

Langganan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Pendaftaran Kelas Online K107 :


 


SELESAI

This image has an empty alt attribute; its file name is Peach-and-Gray-Watercolor-Background-Instagram-Post-1024x1024.png
(Visited 395 times, 1 visits today)

2 thoughts on “K107 – Bengkel Tender Berkarisma Berintegriti”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *