Idea Bengkel K103, lahir setelah Bengkel K101 diadakan.
Ini kerana kontraktor muda merasakan mereka perlu diberi pendedahan mengenai cara memperkenalkan perniagaan dan perkhidmatan mereka kepada pasaran.
Bengkel K103 2018 diadakan di 4 lokasi utama iaitu Kota Bahru, Johor Bharu, Alor Star dan Shah Alam.
Dalam bengkel dua hari ini peserta berpeluang membuat brainstorming mengenai hala tuju perniagaan mereka. Disamping lebih tepat menyasarkan angka jualan dan pelanggan yang betul.
Bengkel ini direka bagi memberi dedahan kepada peserta cara membangunkan strategi perniagaan dan teknik membangunkan kempen pemasaran.
Diakhir bengkel, peserta akan pulang lengkap dengan Strategi Pemasaran yang dibina bersesuaian dengan kekuatan dan kelebihan yang mereka ada.
Sipnosis Bengkel
Kontraktor adalah usahawan dalam bidang industri pembinaan. Selain dari menyumbang kemahiran dari segi kejuruteraan, kontraktor kecil seperti G1, G2 dan G3 adalah kontraktor SME yang menyumbang dalam KDNK negara.
Pengurusan pemasaran adalah displin sebuah perniagaan. Tanpa pengurusan pemasaran yang cekap, kontraktor akan berhadapan dengan cabaran mendapatkan projek dengan usaha sendiri.
Era ekonomi baru pula menyaksikan perubahan pemasaran dari gaya tradisional kepada gaya digital. Teknik pemasaran telah berubah dan kontraktor perlu adaptasi perubahan ini untuk meninggikan tahap daya saing dalam pasaran.
Objektif Bengkel
Setelah menamatkan kursus ini , peserta akan dapat:
a. Membangunkan Strategi Pemasaran Untuk Tempoh Jangka Panjang.
b. Melahirkan Kempen Pemasaran Untuk Tempoh Jangka Pendek.
c. Mengenali Pilihan Pasaran Dan Pemilihan Pasaran Niche.
d. Kenalpasti gaya dan cara berfikir pelanggan dan teknik closing jualan.
e. Kenali diri dan adaptasi dengan tingkah laku pelanggan.
Antara ulasan peserta:
Ini adalah Bengkel kedua saya hadir di Kota Bharu setelah hadir K101 pada tahun 2017 untuk mendalami lagi ilmu kontraktor.
Topik integriti dan tolak budaya rasuah menarik minat saya kerana itu juga prinsip saya dalam bisnes kontraktor. Melalui K103 saya belajar teknik dan strategi pemasaran agar dapat melakukan pemasaran dengan lebih telus.
Asya’hari Abdullah – AIE Zuki Enterprise – Kelantan
Peserta Bengkel K103 Kota Bharu, 2018
Dalam K103, saya didedahkan akan silibus kenalpasti pelanggan, dengan memahami gaya fikir, gaya tindakan, gaya mereka membuat keputusan, semua ini melibatkan emosi yang akan keputusan serta tindakan semasa “closing sales” malah boleh “up sales” lagi.
Paling utama,saya diajar teknik bertanya akan soalan yang betul untuk mendapatkan data yang tepat bagi memahami pelanggan untuk selesaikan masalah mereka. Pelanggan tenang, kita senang.
Teknik runding cara juga mengambil semua elemen diatas.
Selepas dari K103, matlamat misi dan visi saya dan tim lebih jelas, kami mengaplikasi dalam setiap sesi bertemu prospek dan mengubah menjadi pelanggan serta klien yang setia malah menjadi “agen berkualiti” menyebarkan perkara baik berkaitan perkhidmatan yang kami tawarkan….tanpa segan silu dan perlu disogok.
Nooramzan Bin Hj Adenan – TK Canvas Sdn Bhd – Pulau Pinang
Peserta Bengkel K103 Alor Star 2018
Jadual Bengkel
2022 – Kelas Dalam Talian
Langganan akan bermula.
2018
Oktober – 8/10 & 10/10/2018 – Shah Alam
Oktober – 2/10 & 3/10/2018 – Alor Star
September – 29/9 & 30/9/2018 – Johor Bahru
September – 18/9 & 19/9/2018 – Kota Bharu
5 MODUL POWER
BENGKEL KONTRAKTOR103
1
Mengenali pasaran. Jenis-jenis pasaran yang boleh ditakluki. Peluang dari setiap pasaran yang ada. Serta SOP yang perlu ada pada setiap perniagaan untuk memasuki pasaran-pasaran ini berdasarkan kapasiti sedia ada.
2
Mengenali kekuatan diri melalui Warna Otak. Bagaimana ia mempengaruhi hidup kita dalam membangunkan strategi pemasaran, Dan bagaimana ia mencungkil potensi diri.
3
Mengenali pelanggan menggunakan nuero psikologi. Mengenali tingkah laku pelanggan. Dan bagaimana pelanggan berfikir semasa kita membuat pembentangan projek. Apakah yang pelanggan suka dan tidak suka. Apakah bentuk soalan yang sesuai untuk ditanya kepada mereka.
4
Proses Jualan dari mengenali prospek. Apa yang mereka mahu.
Bagaimana proses jualan berlaku hinggalah keperluan rundingcara.
5
Langkah demi langkah dalam menyediakan strategi pemasaran.
3 Fasa
– Fasa Objektif
– Fasa Taktikal
– Fasa Perlaksanaan
8 SESI POWER
BENGKEL KONTRAKTOR K103
1
KENAL PASTI PELUANG PASARAN NICHE DALAM INDUSTRI BINAAN
2
HEBAHAN MARKETING
(OFFLINE VS ONLINE)
3
POTENSI DIRI DAN PERNIAGAAN
4
CAPAI MATLAMAT DAN BANGUNKAN STRATEGI PEMASARAN
5
KENAL PASTI PELUANG PASARAN NICHE DALAM INDUSTRI BINAAN
6
POSISI DIRI (WARNA OTAK) & PERSONA DIRI (PERSONAL BRAND)
7
BENTUK TAKTIK DAN CAPAI SASARAN – SAINS DAN EMOSI DALAM TEKNIK JUALAN
8
BANGUNKAN TAKTIK PEMASARAN & JUALAN