Belajar Lagi

Cerita semalam, saya berjumpa seorang wanita, secara profesionalnya seorang akauntan. Telah lama bekerja dalam dunia oil dan gas.

Namun dalam keadaan ekonomi yang perlahan ini, beliau sedang berkira-kira untuk berhenti kerja dan mulakan perniagaan. Kebetulan bapanya seorang kontraktor kelas G1, dan perniagaan itu akan diwarisi kepada adiknya.

Beliau mahu serah diri jadi mentee. Namun saya pula punya pendapat berbeza. Jadikan ayah sendiri sebagai mentor. Kerana pasti ayahnya ada ‘khazanah pengalaman sendiri’ yang boleh bantu beliau terbang tinggi.

Cuma saya faham, ramai kontraktor lama-lama masih menjalankan bisnes kontraktor secara traditional. Yang perlaksanaannya sudah jauh ketinggalan. Ada yang tidak boleh lagi dipraktikkan dalam dunia digital ini.

Jadi saya hanya bantu beliau buat blueprint untuk syarikat barunya yang masih dalam fasa ‘baby’.

Kenalpasti bajet, cara kira sasaran jualan yang betul, hayati servis yang akan diberikan, kenali pasaran, tahu apa yang pelanggan mahu.

Be aware dimana pelanggan ini berkumpul, cara dapatkan mereka, dan beberapa perkara lagi.

Dengan blueprint yang dibangunkan, beliau boleh nampak apa yang mahu dicapai dan laluan yang akan digunakan.

Wanita ini baru mengenali saya melalui carian di google. Dan bertanya apa itu K101.

K101 adalah nama program yang saya ujudkan 2 tahun yang lalu. Pengisiannya adalah cara menguruskan perniagaan yang betul untuk kontraktor. Kontennya adalah adunan teori universiti, pengalaman bekerja dalam dunia korporat dan hasil menguruskan pengalaman sendiri.

Dari K101, lahirlah K103, bengkel marketing, K105, asas mengintai peluang bajet kerajaan, K107, cara membangunkan dokumen tender.

Mereka yang pernah hadir semua bengkel diatas, adalah alumni K101 saya.

Mereka ini insyaallah, berpaksi pada intergriti dan saya asah untuk punya mindset berbeza dari kontraktor traditional. Sentiasa upgrade kualiti kerja, berdiri atas kaki sendiri, berlari dalam trek sendiri.

(Visited 35 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *