Bekerja Dengan Perunding

Saya cukup suka bila dapat projek yang consultantnya committed turun padang.

Tengok isu sendiri, fahami isu secara realiti dan beri kaedah penyelesaian bagi memudahcara kerja kontraktor.

Kita ni, sebagai kontraktor walau dah berpuluh tahun pengalaman, walau kita rasa isu tu kita boleh selesaikan dengan sekelip mata dan bagai petik hujung jari berdasarkan pengalaman kita, tetap jangan pandai-pandai.

Sebab, kadangkala kita mungkin buat keputusan berdasarkan maklumat yang kita rasa terbaik pada waktu itu, tanpa mengambil kira keputusan itu boleh beri impak besar dan beri kesan jangka panjang pada pemilik, jiran tetangga, majlis, dan pihak lain yang terkait pada masa ini dan masa hadapan.

Kerana itulah bila ada isu ditapak, kami akan maklumkan pada arkitek dan minta arkitek turun tapak untuk lihat dan ‘feel’ sendiri isu tersebut. Kita berikan pandangan kita sebagai kontraktor dan biar arkitek yang putuskan apa perlu dibuat, berdasarkan pelan yang diluluskan, kepentingan pemilik dan penghuni rumah serta mengikut panduan dan garisan peraturan yang telah ditetapkan.

Kena pula isu yang timbul adalah isu sempadan, lagilah kena betul-betul selesaikan sebelum kita buat final setting.

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

“Saya memang buat kerja ikut peraturan puan. Jangan buat pasal dengan majlis.” kata arkitek, merangkap consultant dan PSP.

“Biar kita nampak renyah sekarang, jangan kita merenyah bila dah naik tiang.”

“Samalah puan, saya pun kena jaga merit kami sebagai kontraktor. Orang dah lantik kita, kenalah pikul tanggungjawab dengan ada rasa sense of responsible.” jawab saya.

“Nanti masa setting saya nak turun tengok. Walau kita dah buat penilaian tanah, tetap masa korek tanah pun saya nak tengok condition tanah sebenar.” pesan puan arkitek.

Korang ada PSP yang commited dan best macam ni tak? Kalau ada, kita geng 💪💪💪.

(Visited 78 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published.