Yang mahu memulakan perniagaan. Pegang dahulu empat perkara. PASS.
Pematuhan Industri
Amanah
Sasaran
Strategi
1. Ambil tahu pematuhan industri. Di bawah industri binaan, setiap individu yang mengaku diri mereka kontraktor, wajib berdaftar di CIDB. Untuk berdaftar, perlu ada sijil perniagaan yang boleh didapatkan dengan berdaftar di SSM.
Kemudian ambil tahu ‘the do and the dont.’
2. Pegang amanah yang diberi. Lesen CIDB itu usah jadi Ali Baba, kroni atau proksi. Apabila mendapat kerja atau projek, berikan mengikut apa yang dipersetujui. Amanah itu penting kerana ia tanda kita dipercaya.
Apabila pelanggan hilang kepercayaan, reputasi tercalar dan kita akan sukar bertahan.
3. Sasaran hidup kita adalah mati masuk syurga. begitu juga apabila mahu menjadi usahawan kontraktor. Perlu tahu sasaran pasaran, sasaran pelanggan, sasaran jualan, sasaran tempoh untuk scale up. Sasaran visi, asset dan pelbagai lagi.
4. Strategi perlu ada untuk mencapai segala yang disasarkan. Untuk mencipta strategi yang baik perlu ada ilmu dan pengalaman.
Tiada ilmu, belajar cari guru. Tiada pengalaman, belajar dari pengalaman orang lama.
Pegang PASS ini sebagai teras utama. Kemudian susun atur perjalanan. Dan mulakan langkah pertama segera.
