Istilah model perniagaan mula popular dalam era teknologi perniagaan sebagai satu pelan berstruktur yang menerangkan bagaimana sesuatu perniagaan itu beroperasi untuk menyampaikan nilainya kepada pelanggan semasa melaksanakan perkhidmatan yang ditawarkan.
Model perniagaan dibangunkan secara berbeza bergantung pada industri, pasaran dan matlamat perniagaan.
Model perniagaan bermula dengan mengenalpasti keperluan pelanggan. Dari situ, kontraktor akan menginovasi dan membangunkan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan tersebut dengan menambah satu nilai yang dapat memberi manafaat pada kehidupan mereka.
Nilai yang ditawarkan mestilah sesuatu yang menyakinkan pelanggan hingga dapat menghilangkan keraguan, sama ada berbaloi dengan harga yang dibeli.
Antara manfaat lain model perniagaan untuk kontraktor adalah:
- Model perniagaan membantu kontraktor yang baharu membangun untuk melakukan aktiviti yang telah dikenal pasti dapat menjana keuntungan perniagaan.
- Model perniagaan juga membantu perniagaan membuat keputusan dan menguruskan jangkaan cabaran yang bakal ditempuhi sepanjang tempoh strategi perniagaan dilaksanakan.
- Model perniagaan digunakan oleh pelabur untuk menilai kemampuan perniagaan berkembang sebelum membuat keputusan pelaburan dalam perniagaan tersebut.
- Model perniagaan membantu merekrut bakat baru dalam operasi perniagaan. Dengan model perniagaan, pekerja dan ahli pasukan dapat memahami masa depan perniagaan yang mereka sertai dan peluang membangunkan karier dan bakat mereka dalam organisasi tersebut.
Setiap perniagaan sentiasa perlu mengemas kini model perniagaan mereka supaya sentiasa segar dan kekal relevan dalam menghadapi perubahan tingkah laku pelanggan dalam membuat keputusan untuk membeli.
LEAN CANVAS
Untuk yang baharu bermula, gunakanlah Lean Model Canvas.
LMC lebih sesuai digunakan untuk bisnes ala one man show. LMC memberi penekanan kepada segmen pelanggan one to one. Kejayaan menutup work order bergantung kepada unfair advantage yang ditawarkan – selalunya bersifat cara kita memberi layanan super class kepada pelanggan.
LMC memberi penerapan kepada menyelesaikan masalah yang jelas dan berfokus.
BUSINESS MODEL CANVAS
Bila hendak growth nanti, barulah guna Business Model Canvas.
BMC melibatkan pemegang taruh dalam perniagaan seperti investor atau pembiaya projek, pengurus projek awam seperti JKR, perunding binaan seperti arkitek, pengurus bangunan dan individu yang menjadi pemilik projek itu sendiri.
BMC memberi penekanan kepada saluran pelanggan. Kejayaan mendapatkan work order bergantung kepada nilai tawaran yang ditawarkan dalam pasaran.
BMC memberi penerapan kepada rangka perniagaan secara menyeluruh berpandukan Analisa SWOT.
Bagi yang pernah jatuh dan hendak bangun semula, turun 1 gear dahulu dan betulkan BMC sedia ada dengan mengenalpasti sumber yang ada dalam tangan, contohnya perkakas kerja, database pelanggan yang masih menyokong kita, rakan strategik yang masih bersama.
Sekiranya tiada sumber yang boleh digunakan, turun 1 gear lagi, gunakan LMC dahulu.
Sesuaikan model perniagaan dengan keadaan perniagaan.
Be realistic dalam mengenalpasti aktiviti utama dan sumber utama sebelum menjanjikan bulan bintang kepada pelanggan.

Mahanom Mohammad