21 Perkara Dalam Bisnes yang perlu ada. Sila audit bisnes sendiri dengan melihat checklist di bawah:
1. ☑️ Niat, ini paling kritikal dan penting sekali. Niat bawa kita ke mana kita mahu pergi. Check niat berniaga itu untuk apa. Jika mahu kaya, kita hanya akan dapat kaya sahaja. Apa yang datang dengan kaya itu mungkin merbahaya kan diri sendiri. Boleh jadi nikmat. Boleh juga jadi istidraj.
2. ☑️ Tahu dan kenal betul produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Jika kontraktor bina rumah, tahu benar setiap komponen struktur itu apa, dan untuk apa. Jika kontraktor maintenance, tahu kenapa dan bagaimana. Kenal produk dan perkhidmatan seperti seorang ibu yang kenal anaknya.
3. ☑️ Visi, Misi, Objektif, tiga serangkai yang ramai guru bisnes beri. Setiap bisnes mesti ada visi. Mahu jadi apa, bila, kenapa dan mengapa. Barulah hala tuju nak capai visi itu ada misinya bagaimana. Barulah nampak objektifnya untuk capai tujuan apa. Kembali kepada niat semula.
4. ☑️ BMC atau Bisnes Model Canvas, huraian ringkas mengenai proses bisnes kita. BMC seperti tulang belakang. Bila ia jelas dan lurus insyaallah semuanya akan mudah. Bila ia bengkok dan berbelit itu yang jadi bisnes syok sendiri.
5. ☑️ Undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan bisnes dan perkhidmatannya. Jika kontraktor bangunan mesti berdaftar dengan CIDB. Jika pengeluar makanan ada sijil Halalnya. Produk kesihatan perlu ada kelulusan Kementeriian Kesihatan Malaysia.
6. ☑️ SOP atau prosedur dan aturan kerjanya. Ada rujukan bertulis tentang aturan kerja dan KPI piawaiannya. Bukukan dan dokumentasikan. Bukan simpan semua dalam kepala.
7. ☑️ Tahu kos operasi atau tanggungan perniagaan. Ada yang sebut fix overhead. Saya sebut Operation Expenses atau Opex. Tahu apa nak bayar setiap hari, setiap bulan mahupun setiap tahun. Tahu mana nak cari duit untuk tampung kos operasi ini. Tahu setiap bulan ada payment atau tidak, kos operasi tetap kena bayar.
8. ☑️ Dah ada Opex, barulah buat sales target. Formula sales target mesti betul barulah buat bisnes ada untung. Boleh bayar zakat perniagaan. Boleh beli aset. Boleh bantu orang lain pula.
9. ☑️ Tahu kos jualan atau modal kerja. Ada yang sebut kos projek. Saya sebut Cost of Goods Sales atau CoGs. Kos ini hanya ujud bila kita nak keluarkan produk atau uruskan projek. Tahu apa perkara yang perlu letak dalam CoGs ini. Jika kontraktor binaan bukan sekadar simen, besi, pasir ataupun konkrit. Tidak. Ada banyak lagi kos tersembunyi yang perlu diambil peduli.
10. ☑️ Tahu kira untung. Bukan hanya buat untung untuk matchkan dengan harga pasaran. Tapi buat untung untuk tampung Opex dan CoGs kita.
11. ☑️ Budaya apakah yang kita bawa dalam membangunkan perniagaan. Contoh dari sudut displin masa, adakah kita bangunkan budaya ‘tepat pada masa’ atau ‘mengambil masa sesuka hati kita’? Budaya mencorakkan tingkahlaku dalam perniagaan kita.
12. ☑️ Anda tahu pasaran yang mahu diterokai? Kenali gerakan pasaran. Kenali tingkahlaku pengguna dalam pasaran tersebut. Tahu beza peluang dan ancaman. Tahu beza kekuatan dan kelemahan.
13. ☑️ Tahu bangunkan strategi. Tahu bila nak masuk padang berperang. Tahu bila nak duduk tepi lari dalam trek sendiri. Tahu bila nak berjalan bawah matahari. Tahu bagaimana nak bergerak dalam gelap cahaya.
14. ☑️ Faham permainan pasaran. Jika mahu masuk pasaran kerajaan, fahami jenis-jenis pesanan dalam SOP mendapatkan kerja dari mereka. Tahu cara terbaik mendapatkan kerja melalui tender dan sebutharga terbuka.
15. ☑️ Melakukan kerja-kerja marketing yang secukupnya untuk mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan. Mesti tahu kira ROI atau pulangan dari pelaburan yang kita peruntukkan untuk membuta marketing. Pilih jenis marketing yang terbaik untuk sampai kepada sasaran pelanggan.
16. ☑️ Apakah nilai produk dan perniagaan anda. Jika tiada, bangunkan nilai, bangunkan nilai, bangunkan nilai. Bila ada nilai berharga, bajet pelanggan bukan lagi masalah utama.
17. ☑️ Periksa tahap auntetik kita. Buanglah semua kepalsuan diri. Jadi jujur. Honesty is the best polisy.
18. ☑️ Ada ilmu pengurusan perniagaan, ini adalah tulang belakang kita. Pastikan kita ada ilmu tentang struktur dan sistemnya.
19. ☑️ Sebagai owner perniagaan, kita mesti ada skil kepimpinan. Tahu cara terbaik memimpin pasukan kita untuk sentiasa berada pada aras energy tertinggi dan bermotivasi untuk terus melahirkan hasil kerja dengan lebih berkualiti.
20. ☑️ Sudahkan membina dan menyuburkan jalinan hubungan perniagaan atau networking. Pastikan networking yang dibina itu dari circle yang positif dan baik-baik.
21. ☑️ Pantau prestasi perniagaan melalui catatan jualan. Rekod segala belanja dan wang masuk. Bilamana prestasi perlahan, buat seuatu untuk lajukan. Bilamana prestasi terlalu laju, pastikan jangan sampai tersilap langkah pula.
Usahawan boleh check senarai diatas dan buat penggiraan berskala dari 1 hingga 10.
1 paling lemah dan 10 paling kuat.
Kemudian buat analisa.
Dapatkan bantuan pada bahagian yang masih lemah.