Apa yang cuba kontraktor sorokkan

10 benda yang kontraktor anda tak mahu anda tahu.

  1. Latarbelakang perniagaannya. Siapa yang pernah dia tipu. Rumah siapa yang dia buat sampai terbengkalai. Kes-kes saman pelanggan lama terhadapnya.
  2. Anda dapat apa yang anda bayar. Bayar murah memang sah-sah akan dapat barang murah juga.
  3. Dia sengaja meletak harga pukal supaya anda tidak tahu apakah perincian kerja dan kaedah binaan yang dia mahu lakukan.
  4. Dia melepaskan semua tanggungjawab membina kepada tukang-tukang dan subkontraktornya, tanpa tahu samada segala kerja-kerja tukang dan subkontraktornya mematuhi piawaian industri atau akan memberikan masalah kemudian hari.
  5. Dia tidak membayar upah pekerja atau subkontraktornya walaupun telah menerima bayaran dari anda. Akhirnya pekerja akan lari atau subkontraktornya akan berhenti bekerja meninggalkan rumah anda hingga terbengkalai begitu sahaja.
  6. Anda tidak patut mengubah apa-apa yang telah dibinanya, kerana sebarang perubahan adalah dikira pertambahan kerja dan akan menyebabkan kos anda bertambah akhirnya.
  7. Dia menggunakan bahan binaan yang murah tidak setanding apa yang anda bayar. Ada yang lansung tidak menepati piawaian industri.
  8. Rumah anda berisiko bocor dan retak kerana dia tidak membina mengikut piawaian kejuruteraan yang betul.
  9. Rumah anda berisiko dirobohkan kerana tidak mendapat kelulusan dari Majlis. Dia pun main ‘agak-agak’ rumah anda tak perlu dapat kelulusan. Sebaiknya sebagai pemilik, anda sendiri mendapatkan maklumat rasmi dari Majlis.
  10. Rumah anda tidak akan mendapat CCC kerana PSP yang mengemukakan permohonan anda hanya sign sahaja pelan pemajuan tanpa peduli mahu datang melawat tapak bagi memastikan kerja-kerja kontraktor itu mematuhi pelan yang diluluskan.

Di Malaysia ini ramai yang sudah kena tipu dengan kontraktor.

Hati-hatilah.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

🖊

Mahanom Mohammad

(Visited 195 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *