IR4.0

Anggun Di Mata, Hebat Di Industri

Falsafah Cina ada berkata, hendak kaya, kena jaga hubungan, mesti bina jalan, dan bantu jiran.

‘Anggun di Mata, Hebat di Industri’ adalah satu bengkel yang dianjurkan oleh CIDB Negeri Melakan pada 29 Oktober 2018. Acara ini menghimpunkan ahli-ahli persatuan kontraktor dari Gred 1. 

Dalam program ini saya berkongsi dengan peserta mengenai perubahan teknologi yang dicetuskan oleh industri 4.0. Revolusi Industri 4.0 boleh menyebabkan kontraktor lama terus tertinggan ke belakang jika enggan berubah cara fikir dalam Industri Binaan.

Dalam IR4.0, kekayaan pengalaman adalah satu kelebihan bagi orang lama mencetus idea untuk berinovasi.

Orang muda, maranya tidak dapat disekat.

Orang lama, ia seperti resmi padi, tunduknya makin lama, makin berisi.

Bengkel Pemantapan Kontraktor hari ini anjuran CIDB Melaka. Program satu hari ini saya banyak bercerita mengenai tanggungjawab kita sebagai kontraktor terutama tentang lesen dan integriti.

Perkongsian juga mengenai sejarah IR1.0, IR2.0, IR3.0 dan kini IR4.0.

Dua perkara utama yang disentuh, iaitu kemahiran manusia yang perlu kontraktor ada bagi menghadapi cabaran robot dan teknologi yang meletus di era digital serta kemahiran berinovasi.

Di akhir program, peserta mencetuskan 10 idea super mahal yang mampu memecut industri binaan ke tahap lebih tinggi.

IR4.0, ia bukan satu pilihan, tapi satu keperluan.

Lambat, tinggal.

Rakaman semasa bengkel inovasi baharu dari pemain lama.


(Visited 54 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *