Agensi dan Firma dalam Industri Binaan

Apabila kita dilantik menjadi kontraktor untuk membina sebuah rumah kediaman, kita bukan hanya perlu berurusan dengan pemilik rumah sahaja. Semakin besar bangunan kediaman yang hendak dibina, semakin kompleks struktur dan sistem sokongan yang perlu ada.

Selain dari JKR, CIDB dan BPKU, kontraktor perlu mengetahui agensi penguatkuasa, badan berkanun, badan profesional dan agensi swasta yang terlibat dalam proses membina bangunan.

Antaranya adalah

1) Unit Perancang Ekonomi (UPEN) – Agensi yang merancang projek-projek pembangunan negara.

2) Perbendaharaan – Agensi kerajaan yang mengurus dan mengawal kewangan.

3) Jabatan Kerja Raya (JKR) – Agensi yang merancang, melaksanakan dan mengawal kerja pembinaan.

4) Jabatan Alam Sekitar (JAS) – Agensi Penguatkuasa yang meluluskan laporan penilaian kesan ke atas alam sekeliling (EIA) bagi sesuatu projek pembinaan.

5) Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat (JPBPM) – Agensi penguatkuasa yang menentukan, mencadangkan, menyemak dan mengesahkan prosedur keselamatan dipatuhi dalam pembinaan.

6) Jabatan Bekalan Air (JBA) – Agensi yang bertanggungjawab menyelenggara aktiviti bekalan air.

7) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) – Agensi yang berperanan menyediakan infrastruktur bekalan pengairan dan saliran dan meningkatkan perkhidmatan dalam kejuruteraan sungai, pantai dan hidrologi.

8) Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) – Agensi yang berperanan mengawal selia perkhidmatan pembetungan.

9) Pejabat Tanah dan Galian (PTG) – Agensi yang memproses dan meluluskan permohonan tanah serta penggunaan tanah untuk kegunaan awam.

10) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – Agensi yang berkuasa meluluskan pelan susun atur dan pelan bangunan serta mengawasi projek pembinaan mematuhi undang-undang dan peraturan.

11) Tenaga Nasional Berhad (TNB) – Syarikat yang berperanan merancang dan menyediakan sistem bekalan elektrik bagi memenuhi keperluan sesuatu projek pembinaan.

12) Telekom Malaysia Berhad (TM) – Syarikat yang berperanan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan telekomunikasi serta multimedia.

13) Firma Arkitek – Firma perunding yang memberikan khidmat profesional arkitektur dalam pembangunan dan pembinaan.

14) Firma Jurutera Awam – Firma perunding profesional dalam bidang kejuruteraan awam

15) Firma Jurukur Bahan – Firma perunding profesional yang memberikan khidmat mengukur atau menyaring juruukur bahan dalam pembinaan.

16) Firma Jurutera Mekanikal – Firma perunding profesional dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

17) Firma Jurutera Elektrik -Firma perunding profesional dalam bidang kejuruteraan elektrik.

18) Firma Guaman – Firma yang memberikan khidmat profesional mengenai perundangan.

19) Firma Juruaudit -Firma perunding yang menawarkan khidmat pengauditan akaun.

20) Institusi Kewangan – Institusi yang memberikan kemudahan pinjaman kewangan bagi membiayai projek.

21) Syarikat Takaful dan Insuran – Firma ini memberikan khidmat perlindungan diatas kerugian akibat bencana dan kemalangan yang melibatkan manusia, peralatan, barangan dan awam.

Setiap dari satu di atas mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing melibatkan kerja pra-pembinaan, semasa pembinaan dan pasca pembinaan.

(Visited 1,283 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *