9 tips Membina Rumah Sempurna

Kunci kejayaan membina rumah terletak pada perancangan yang teliti, perhatian terhadap perincian dan komunikasi yang berkesan antara pemilik dan kontraktor.

Berikut adalah 9 tip lain.

  1. Mulakan dengan visi yang jelas kenapa rumah mahu dibina. Adakah kerana memang perlukan kediaman dalam tempoh yang dekat, atau untuk didiami apabila bersara nanti. Mahu jadikan rumah sewa, rumah inap, atau rumah cuti hujung minggu. Semua ini ada impak dalam proses merancang rekabentuk dan pelan lantai nanti.
  1. Rancang reka bentuk rumah yang hendak dibina. Hendak setingkat atau dua tingkat. Mahu rekabentuk yang berkonsepkan rumah melayu, moden, klasik, morocco, kolonial, atau tak kisah asal ada lantai, dinding dan bumbung. Boleh rujuk pinterest atau portal untuk dapatkan idea.
  1. Rancang apakah jenis-jenis ruang yang perlu ada pada rumah tersebut. Antara ruang yang wajib ada adalah ruang tamu, ruang dapur, bilik tidur utama dan bilik air. Ruang tambahan lain adalah seperti ruang makan, ruang keluarga, ruang menonton tv, ruang bilik tambahan untuk ahli keluarga dan tetamu lain, ruang solat, ruang kerja, ruang healing, ruang dobi, ruang dapur basah, dapur kering.

Ruang ini boleh jadi ruang terbuka. Ia juga boleh dijadikan ruang tertutup dengan dijadikan bilik lengkap berpintu. FIkirkan juga saiz minima dan maksima setiap ruang, sesuai dengan keselesaan untuk melakukan aktiviti berkaitan dengan fungsi ruang tersebut.

Lebih banyak lagi di https://mahanommohammad.com/panduan-mykontraktor/

4. Cari pelukis pelan untuk bangunkan pelan lantai secara kasar untuk anda dapat melihat dengan jelas peletakan ruang-ruang yang telah dirancang tadi.

5. Cari kontraktor untuk dapatkan harga binaan berdasarkan pelan lantai secara kasar tadi untuk kontraktor memberi anggaran kasar harga membina struktur seperti lantai, dinding, siling dan bumbung.

Kebiasaanya bajet membina struktur sahaja boleh menelan 60%-70% bajet membina rumah yang lengkap dengan kemasan lantai, siling, dinding, pintu, tingkap, sistem paip, bekalan air, elektrik dan kelengkapan lain.

Atau beritahu kontraktor bajet anda supaya kontraktor boleh memberi cadangan saiz ruang yang sesuai dengan bajet yang telah dinyatakan dari awal tadi.

6. Lantik kontraktor dan pastikan progres binaan selari dengan jadual binaan bagi memastikan kerja berjalan ‘on-time’. Apa sahaja pertambahan kerja, duduk semula dengan kontraktor bagi membincangkan bagaimana pertambahan kerja itu memberi kesan pada jadual pembinaan.

7. Amalkan Komunikasi terbuka sepanjang keseluruhan proses pembinaan. Kekalkan komunikasi berkesan dan telus dengan pasukan kontraktor bagi memastikan semua orang berada di titik yang sama dan sebarang isu atau perubahan boleh ditangani dengan segera.

8. Jlankan pemeriksaan berkala sepanjang proses pembinaan untuk mengenal pasti sebarang isu awal dan memastikan kerja dilakukan mengikut perancangan. Maklumkan jangkaan kualiti yang dikehendaki, ambil tahu apakah proses kerja yang sepatutnya bagi memastikan kaedah kawalan kualiti kerja yang digunakan kontraktor dapat memberi anda kualiti yang dikehendaki.

9. Pantau belanjawan dengan mengawal perbelanjaan dengan teliti bagi mengelakkan perbelanjaan atau perubahan yang tidak perlu pada pelan asal. Setiap tuntutan pastikan sama dengan kerja yang dilaksanakan.

Dapatkan buku Binar Rumah Sempurna di https://mahanommohammad.com/bina-rumah-atas-tanah-sendiri/

9. Gunakan bahan binaan yang berkualiti. Bagi bahan binaan utama pastikan ia adalah bahan binaan yang mempunyai kelulusan industri.

Bersedia untuk menyesuaikan diri dengan cabaran atau perubahan yang tidak dijangka semasa proses pembinaan. Kekalkan sikap yang fleksibel dan bekerjasama dengan pasukan kontraktor untuk mencari penyelesaian kreatif untuk sebarang masalah yang timbul.

Dengan memberi tumpuan kepada 9 perkara ini ini dan bekerja rapat dengan kontraktor, anda boleh meningkatkan keyakinan membina rumah yang dapat memenuhi jangkaan dan mampu teguh berdiri dalam tempoh masa yang panjang.

Bersedia untuk menyesuaikan diri dengan cabaran atau perubahan yang tidak dijangka semasa proses pembinaan. Kekalkan sikap yang fleksibel dan bekerjasama dengan pasukan kontraktor untuk mencari penyelesaian kreatif untuk sebarang masalah yang timbul.

Dengan memberi tumpuan kepada 9 perkara ini ini dan bekerja rapat dengan kontraktor, anda boleh meningkatkan keyakinan membina rumah yang dapat memenuhi jangkaan dan mampu teguh berdiri dalam tempoh masa yang panjang.

Mahanom Mohammad

(Visited 30 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published.