9 Tip Membuat Permohonan Melalui Email​

Menerima email permohonan rasmi dari pelajar adakalanya membuat majikan tepuk dahi. Manakan tidak. Hampir 90% permohonan tidak dibuat secara rasmi.

Kongsikan tip dibawah. Moga bawa manafaat bagi semua pelajar.

Mahanom Mohammad

Rabu, 27 September 2017
Gerbang Kerjaya
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara
Dusun Tua, Hulu Langat

Jika menghantar lampiran fail, pastikan ia dari fail yang boleh dibaca. Ini menjimatkan masa syarikat untuk memuat turun fail anda. Namakan fail sesuai dengan isi kandungan dan nyatakan juga kandungan fail tersebut. Cth Fail ‘Resume’ mengandungi butiran peribadi dan pengalaman pelajar.

1. NAMA AKAUN EMAIL SOPAN

Gunakan nama akaun email yang sopan. Ia mencerminkan keperibadian pelajar. Nama akaun email ala-ala hipster atau gothic tidak sesuai lansung digunakan apabila membuat permohonan rasmi.

Mahanom Mohammad

2. TUJUAN EMAIL

Pastikan tujuan email ditulis dengan ringkas. cth “Permohonan Latihan Industri” atau “Permohonan Jawatan Kosong”. Ini penting. Syarikat menerima beratus email dalam sehari. Dengan menulis tujuan email, anda membantu majikan mengetahui tujuan email tersebut dihantar kepada mereka.

3. PERSEPSI PEMALAS

Majikan yang menerima permohonan anda, apabila melihat nama majikan lain diruang cc akan membuat pelbagai persepsi. Paling popular adalah pelajar seorang malas.

Mahanom Mohammad

4. BAHASA RASMI

Nyatakan tujuan menghantar email tersebut dalam ruangan yang disediakan. Gunakan Bahasa Melayu Tinggi untuk mengelakkan kesalahfahaman bila dibaca majikan. Jangan sesekali menulis kepada syarikat seperti menulis kepada rakan-rakan anda

5. EMAIL RASMI

Serlahkan kesopanan dengan menghantar email mengandungi ucapan selamat dan penutup yang sopan dan ceria. Ingat ini adalah “email rasmi”. Bukan hantar pada sahabat handai. Ucapan tambahan seperti terima kasih atau penghargaan akan menambah nilai email yang dihantar.

Mahanom Mohammad

6. MUDAHKAN MAJIKAN

Paparkan inisiatif anda – Jika mempunyai pelbagai borang yang perlu diisi oleh syarikat, gunakan inisiatif dengan mengisi sendiri borang tersebut.

Mahanom Mohammad

7. GUNA BCC

Hormati privasi syarikat yang bakal menerima email anda. Jika ingin menghantar kepada lebih dari satu syarikat, letakkan alamat email anda sendiri pada ruang TO, dan alamat email penerima penerima yang ramai itu pada ruang Bcc BUKAN cc.

Mahanom Mohammad

8. TARIKH AKHIR

Jika anda memerlukan jawapan segera, atau mempunyai tarikh akhir untuk menghantar borang, nyatakan didalam email tarikh yang diperlukan supaya penerima peka ada tarikh yang perlu diikut.

9. LAMPIRAN FAIL

Jika menghantar lampiran fail, pastikan ia dari fail yang boleh dibaca. Ini menjimatkan masa syarikat untuk memuat turun fail anda. Namakan fail sesuai dengan isi kandungan dan nyatakan juga kandungan fail tersebut. Cth Fail ‘Resume’ mengandungi butiran peribadi dan pengalaman pelajar.

Permohonan pelajar melalui email mencerminkan IPTA dan IPTS itu sendiri. Ramai tenaga pengajar melatih pelajar membuat permohonan rasmi. Cuma tidak ramai yang tahu rupa sebenar pelajar menghantar emel mereka.

(Visited 181 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *