Ini adalah tip mengurat pelanggan. Bukan mengurat untuk simpan dalam hati.
Tetapi untuk pelanggan suka membeli.
Pelanggan korporat ada kala rimas berurusan dengan kontraktor. Jauh sebatu sudah boleh bau kotor melekat di baju. Lebih lagi jika baunya memang sah rokok surya udang garam.
Belum lagi kontraktor datang bersama tukang. Boleh pengsan satu ofis dengan ketrampilan yang dibawa.
Ambilah 9 Tip Etika yang perlu kontraktor bawa bila berurusan dengan pelanggan korporat.
1. First Impressions Count
Tanggapan pertama sangat penting. Dari saat pertama berhubung samada melalui media sosial, telefon atau berjumpa mata ke mata.
Kata orang lama “Dari mata jatuh ke hati”. Ia bermula dari perkataan pertama. Ucapan selamat dan salam adalah terbaik untuk bermula.
Kenalkan diri dan nama perniagaan. Supaya pelanggan tidak tertanya-tanya dengan siapa mereka berurusan. Itu tanggapan untuk kontraktor bawa perwatakan. Tampak professional dan boleh dilayan.
2. Hormati Masa Pelanggan
Datang awal atau tepat pada masa. Jika kelewatan tidak dapat dielak, hubungi dan maklumkan segera.
Bukan biar pelanggan hubungi kita.
Jangan buat pelanggan tertunggu.
Datang lewat akan beri tanggapan, kerja juga akan lewat siap juga.
3. Pembentangan Kepada Pelanggan
Mereka boleh ukur betapa serius dan komited kontraktor untuk dapatkan projek yang ingin ditawarkan.
Ia berdasarkan pembentangan yang dibuat.
Tidak perlu pembentangan penuh gimik.
Cukup pelanggan nampak perkara penting seperti visual projek, spesifikasi barang, pelan lantai, tempoh jangka dan paling penting harga.
4. Elak Bermain Harga
Pelanggan korporat tahu harga pasaran terkini. Mereka juga takit mahu ambil paling murah tetapi tiada kualiti.
Berilah harga setimpal dengan kerja dan daya usaha kita.
Usah ambil kesempatan walaupun pelanggan ada bajet bulan bintang. Itu bukan peluang.
Itu memperbodohkan pelanggan namanya.
5. Safety First
Sudah dapat kerja, letak kepentingan pertama keselamatan dan kebersihan. Terutama jika pelanggan duduk dalam kawasan tapak kerja.
Pastikan buka kasut dan bersihkan kaki sebelum masuk ke tempat pelanggan.
Jika ubahsuai di kawasan pejabat, pastikan kasut yang dipakai tidak meninggalkan kesan tapak kasut. Ini menghodohkan permandangam tempat kerja pelanggan.
Kerja kontraktor tidak dapat lari dari hasilkan habuk dan debu. Kemas dan bersihkan sebelum kita balik.
6. Hormati Hak Milik Pelanggan
Dapatkan keizinan pelanggan bila terpaksa guna kemudahan seperti tandas atau sinki.
Begitu juga jika hendak bermain-main dengan anak atau binatang peliharaan mereka.
Ada orang tidak suka barang peribadi diusik.
7. Jaga Adab
Bawa makan dan minuman sendiri. Kita bekerja. Bukan ziarah atau berpesta.
Tetapi jika pelanggan sajikan makanan dan minuman, ambillah sedikit untuk menjaga hati pelanggan.
Mereka telah bersusah payah menyediakan untuk anda.
Jaga . Jangan tunjuk sifat lahap dihadapan pelanggan pula.
8. Sabar Kerenah Pelanggan
Adakala pelanggan suka bertanya banyak soalan untuk mereka faham kerja yang dilakukan.
Terutama bila melibatkan masa dan tempoh kerja.
Adakala memang ia mengganggu kerja. Perlu bersabar dan jawab dengan nada penuh budi bahasa.
9. Jaga Kebersihan
Buang segala sampah sarap, kotak kosong, plastic dan apa juga yang sudah tidak digunakan lagi.
Walaupun fitting dan aksesori dibeli pelanggan, tidak salah bantu membuang sampah tersebut.
Jadikan kawasan itu bersih dan kemas seperti sebelum memulakan kerja.
Sebagai budi bahasa, boleh bertanya kepada pelanggan dahulu sebelum buang semua bekas kotak atau aksesori. Mana tahu mereka mahu simpan pula.
10. BONUS - PRE MARKETING
Pastikan kad bisnes dan profail syarikat sentiasa ada. Adakala sedang bekerja ada prospek hadir dan mahu beri job lain pula.
Bersedia juga dengan akaun media sosial seperti fb dan insta. Ada kala pelanggan seronok mahu tag nama kontraktor untuk lengkapkan cerita kerja yang dilakukan.
Pelanggan korporat ada kala rimas berurusan dengan kontraktor. Jauh sebatu sudah boleh bau kotor melekat di baju. Lebih lagi jika baunya memang sah rokok surya udang garam.
Belum lagi kontraktor datang bersama tukang. Boleh pengsan satu ofis dengan ketrampilan yang dibawa.
Ambilah 9 Tip Etika yang perlu kontraktor bawa bila berurusan dengan pelanggan korporat.
Begitulah sedikit etika dan tingkah laku berurusan dengan pelanggan.
Kenapa guna perkataan mengurat.
Kerana masa mengurat suri dan sura hati dulukan bukan main jaga penampilan, budi bahasa dan tingkah laku.
Takut lari atau dikebas orang.
Begitulah juga cara jaga pelanggan.
Agar mereka setia dan sentiasa cakap yang baik baik tentang kita.