1. Untung – Berniaga paling untung adalah berniaga dengan Allah.
Kebanyakkan formula berniaga boleh diperhati dalam Al Quran pada sebahagian ayat ayat nya.
Zakat perniagaan dan sedekah, contohnya adalah ditulis sebagai menyuci harta.
Kita diajar untuk buat target jualan sentiasa.
Cuba tukar dengan buat target berapa zakat perniagaan dan sedekah yang mahu dikeluarkan dalam perniagaan.
Dan rasai sendiri kebahagiaan dan kenikmatan yang tidak boleh dijual beli.
2. Dokumentasi – adalah perkara penting dalam pengurusan perniagaan. Kita boleh ada staf dari kelayakan akademi tertinggi. Kita juga boleh ada gaya pengurusan kepimpinan yang dasyat sekali.
Tetapi bila dokumen kita berterabur sana sini. Akan pening kepalalah bila perlu mencari.
Itupun jika dokumen ada atas meja. Belum cerita dokumen bersepah dalam bonet kereta.
3. Pendapatan Perniagaan – Setiap perniagaan kecil perlu ada tiga jenis pendapatan.
Income hari-hari – untuk tampung belanja harian.
Imcome bulan-bulan – untuk bayar bil belanja tetap bulanan.
Income tahunan – untuk reward diri belanja setahun sekali. Belanja raya. Belanja holiday. Belanja hadiah.
4. Bajet Perniagaan – Sebelum buat sales target kena buat bajet belanjawan tahunan dahulu.
Dalam bajet belanjawan kita akan tahu berapa kos operasi untuk uruskan perniagaan. Ini adalah kos yang perlu ditampung samada suka atau tidak.
Ada sales ke, ada projek ke, ada payment atau tidak, tiap-tiap bulan ada kos operasi tetap yang perlu dibayar.
5. Sasaran Jualan – Sales target mestilah sekurangnya 4x ganda dari kos operasi yang dikira pada no. 4.
Lihat angka sales target tersebut. Susn strategi dan plan bagi mendapatkan jualan mencecah angka itu.
Pantau setiap 3 dan 6 bulan. Gandakan usaha, dekati ilmu, jaga pelanggan sedia ada untuk dapatkan hasil semaksima yang mampu.
6. Modal Kerja – Hasil Jualan setelah ditolak modal kerja, akan dapat untung kasar.
Untung kasar adalah untuk digunakan bagi menampung belanja operasi. Bukan untuk rolling buat modal kerja.
Untuk modal kerja, guna wang simpanan perniagaan, atau minta deposit dan bayaran progres dari pelanggan.
Boleh juga dapatkan pelabur modal atau pinjaman kontrak dari agensi kerajaan atau mana-mana bank komersil yang ada.
7. Networking atau silaturahim – Boleh membantu dari segi operasi seperti kenalkan kepada pembekal. Boleh juga membantu dari segi dapatkan pelanggan.
Semakin besar networking yang ada, semakin besar peluang kita berkembang.
Dalam dunia online, networking boleh didapati dari friends dan followers yang ada.
Networking terbaik bermula dari masjid atau surau tempat kita tunaikan solat subuh.
Tak percaya? Cuba dulu 3 bulan.
Networking terbaik dalam media sosial lahir dari circle yang positif, amanah dan baik hati nuraninya.
Ia boleh dinilai dari tulisan.
8. Report Card – Prestasi perniagaan bukanlah dilihat dari berapa banyak sales kita buat atau berapa premium pelanggan yang kita ada.
Prestasi perniagaan akan dilihat dari laporan kewangan.
Baki dari Bank Statement akan tunjukkan tahap kemandiri perniagaan (survival).
Untung atau rugi dari Penyata Kewangan akan tunjukkan samada bisnes kita sihat atau sakit.
Balance Sheet pula akan tunjukkan samada bisnes kita miskin atau kaya.
Report Card dibaca oleh pelabur bila mahu membuat pelaburan.
Report Card juga dibaca oleh banker apabila mahu memproses pinjaman.
Malah Report Card juga dibaca juga oleh pemberi kerja.
9. Jaga Pelanggan – ramai usahawan setelah dapat bayaran dari pelanggan, akan ucapkan terima kasih dan selamat tinggal.
Servis after Sales penting dalam kelestarian. Mereka ini akan datang dan datang lagi. Malah bila dijaga, akan rekomen kita pada saudara mara dan rakan taulan mereka.
Apabila ada masalah segera minta maaf. Pelanggan apabila dia suka, dia akan beritahu kita.
Tetapi apabila dia sakit hati, dia akan cerita pada semua orang di luar sana.
Ini adalah 9 dari 99 ilmu pendapatan yang boleh di raih dalam perniagaan.