7 Tips Berkembang dan Kekal Lama Dalam Bisnes Kontraktor

Ada banyak cara untuk Berkembang dan Kekal Lama dalam bisnes kontraktor. Saya kongsikan 7 tip dahulu.

1. Tukar Minda

Buang minda towkay. Semua benda pun mahu buat. Nanti siapa yang mahu kembangkan perniagaan? Upah staf untuk buat kerja-kerja kecil yang memakan banyak masa kita. Cari yang berbakat dan berkemahiran tinggi.

2. Bangunkan Strategi & Taktik

Sentiasa ada strategi dan taktik dalam membuat marketing. Setiap sen yang dilaburkan mestilah dikira pulangannya. Ketahui sasaran dan segmen pelanggan agar berbaloi masa, tenaga dan wang ringgit yang digunakan dalam memikat mereka.

3. Sentiasa Yakin Diri

Usah rasa rendah diri bila dilabelkan kontraktor kecil. Usah juga berbelanja besar mahu kereta mewah dan ofis cantik hanya kerana mahu dilihat besar pada pandangan mata pelanggan.

4. Ikat Perut, Ikat Nafsu

Ikat perut dan ikat nafsu. Waktu hendak berkembang banyak wang akan digunakan. Usah terlalu bergantung kepada bayaran pelanggan. Ada masa bila bayaran lambat diterima, tunai ditanganlah yang perlu ada untuk meneruskan operasi harian.

5. Kawal Unjuran Tunai

Kawal perkara dalaman. Sentiasa pantau dan periksa prestasi jualan dan prestasi projek. Pastikan unjuran tunai dalam zon sihat. Dapatkan testimonial pelanggan.

6. Dapat Di Hubungi Pelanggan

Pastikan senang dihubungi pelanggan dalam apa jua bentuk samada melalui telefon, email atau alamaat pejabat. Jangan terlalu kerap menukar no telefon.

7. Ada Sistem

Jalankan perniagaan dengan pengurusan yang baik. Fahami apakah bentuk pematuhan semasa menjadi kontrakor. Bentuk sistem yang teratur. Paling bagus bila ada SOP.

Berkembang

Begitupun bila tiba masa, usah gentar untuk berenang dalam lautan besar pula.
(Visited 366 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *