Mahanom Mohammad

7 Asas Berniaga

Ada orang bentang kajian. Ramai usahawan baru yang memegang topi newbie, tidak pernah merancang untuk berniaga.

Mereka merancang membina karier dibawah istana.

Bila ditanya pada newbie kenapa berniaga, ada yang jawab kerana tiada peluang bekerja. Ramai dari mereka tidak pernah merancang untuk berniaga. Rancangan awal mahu membina karier dibawah istana.

Dunia berniaga ini sangat kompleks.

Kelihatan mudah dilhat dari luar.

Penuh kusut bila masuk kedalamnya. 

Bila satu kaki sudah masuk bidang berniaga, suka atau tidak suka, belajarlah 6 perkara asas ini sebagai permulaan,

Jatuh Cinta Dengan Perniagaan

Asas Pertama: Jatuh cinta dengan perniagaan kita. 

Jika jatuh kategori ‘terpaksa.,  cubalah cari kemanisan dalam perniagaan, hingga menyentuh kalbu untuk jatuh cinta pada perniagaan itu.

Kerana bila sudah jatuh cinta, kita akan berusaha bersungguh-sungguh, tiada rasa penat dan sentiasa bersemangat.

Jaga Masa

Asas Kedua: Masa.

Berniaga ini adakalanya boleh melalaikan kita.

Hidup bukan untuk dunia sahaja.

24jam perlu diuruskan untuk menjaga hubungan dengan Dia, bekerja, jaga kesihatan, stamina diri, berehat dan tidur.

Pengurusan masa memerlukan displin yang tinggi.

Ia tidak bermula diluar, tetapi bermula dari diri kita sendiri.

Masa tidak menunggu kita. Uruskan dengan cara yang baik.

Ilmu Pengurusan

Asas Ketiga: Belajar. Terutama ilmu pengurusan.

20% kejayaan perniagaan bila kita tahu mengurus dengan betul. Banyak perkara yang perlu diuruskan dalam berniaga.

Terutama menguruskan pelanggan.

Sebelum dan selepas menjual.

Selaini dari itu, belajar juga pengurusan kewangan,  stok, operasi harian,. 

Hati pun kena uruskan juga.

Belajar itu perlu, supaya bila jatuh tersepak batu, tahu bagaimana hendak uruskan lutut yang berdarah itu.

Bersandar pada pengalaman sahaja tidak cukup. Nanti tertinggal jauh kebelakang.

Setiap hari ilmu baru lahir.
.

Tahu Berapa Perlu

Asas Keempat : Wang

Pastikan berapa banyak kita perlu. Bukan berapa banyak kita mahu.

Ada perbezaan antara kedua ini.

Berapa kita perlu amat penting, kerana bila tahu berapa kita perlu, barulah kita akan cari jalan bagaimana hendak mendapatkannya.

Beza dengan berapa kita mahu. Ada kemungkinan berapa kita mahu tidak cukup untuk menampung keperluan.

Pencapaian Bisnes

Asas kelima: Berapa sihat bisnes kita itu? 

Bayi jika lahir banyak penyakit, akan mengalami banyak masalah dalam tumbesaranya.

Begitu juga perniagaan kita. Ambil tahu tahap pencapaiannya. 

Bila perlu suntikan. 

Bila perlu diberi makan. Makan selalupun perut akan kembung. Tidak diberi makan pun tiada tenaga.
.

Hidu Peluang

Asas keenam : Peluang.

Skil ini perlu ada dan dipertajamkan.

Sentiasa ‘melihat’ masalah sebagai peluang.

Jika masalah pertama tidak jumpa peluang, jangan gundah. Cuba lihat masalah kedua pula. Dan seterusnya.

Nanti lama kelamaan skil ‘melihat’ ini akan sebati.

Lama sedikit, benda belum jadi masalah pun kita sudah pandai ‘melihat’ ia sebagai peluang.

Tidak semua yang datang itu peluang, adakalanya virus yang merosak diri.

Beri Semula

Asas Ketujuht :  Beri semula.

Peniaga ini perantara. Memberikan khidmat atau menawarkan produk untuk menyelesaikan masalah pelanggan.

Peniaga boleh jadi pelanggan kepada pembekal lain. Jadi sebahagian dari rantaian ekosistem yang terbina dalam industri.

Peniaga juga boleh jadi majikan kepada pekerja. Malah dengan berniaga juga boleh berkongsi dengan beri pertolongam kepada mereka yang memerlukan. 

Berniaga tidak indah sentiasa. Ada masa sinar matahari menyinar. Ada masa ribut taufan melanda. Mudahnya nampak diluar. Kusutnya tiada yang mahu tahu. 
.
Moga panduan asas diatas dapat bantu peniaga baru untuk lebih bersedia bila memulakan langkah ke dunia berniaga ini.

(Visited 269 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *