3D, Dirty, Difficult, Dangerous – terma yang digunapakai dalam industri. Ia beri gambaran kenapa belia-belia tidak mahu bekerja dalam industri hingga terpaksa ambil pekerja asing.
Kami sebagai speaker jemputan berkongsi cerita. Bagaimana dahulu bermula sebagai pekerja juga dalam industri.

3D ini memang perlu dihadapi. Jangan manjakan diri.
Namun kami faham kenapa belia tidak jumpa ruang. Kadar upah yang diterima tidak dapat menampung kehidupan harian di bandar besar.
Tidak banyak tawaran kerja buat mereka yang mahu bekerja.
Maka diberikan satu lagi solusi.
Jadi usahawan. Jadi kontraktor.
Bermula dari bawah.
Untuk kontraktor kecil, boleh bermula dengan kerja senggara bangunan, kediaman, pejabat dan infra yang lain.
Untuk jadi usahawan, kena faham satu perkara. Maharnya bukan murah.
Cabarannya besar.
Memang ramai yang kata punca rezeki datangnya 9/10 dari berniaga.
Ia datang dengan pakej cabaran 9/10 juga.
Ia datang dengan bekalan air mata 9/10 juga.
Cabaran dan airmata ini berbaloi bila kita sabar, sabar dan sabar.
Keindahan berniaga itu hanya akan dikecapi selepas melangkah keluar dari zon belantara puaka. Satu zon dimana hidup dipenuhi dengan tidak cukup masa dan tenaga.
Semakin banyak sales, semakin banyak modal yang perlu dipusingkan. Hendak pusing modal inilah cabaran paling besar yang perlu dihadapi.
Untuk berniaga, kena ada ilmu. Kena ada mentor yang boleh tunjuk cahaya bila kita memandu dalam kegelapan.
Selepas terlibat dalam event ini, rasa semakin seronok berkongsi.
Rasa puas dapat beri semula setelah lama menerima.