October 2024

Bersaing Dengan Perosak Industri

Anak muda ini mewarisi syarikat arwah ayahnya. Beliau pada mulanya cuba mengelak dari memasuki pasaran kerajaan kerana merasakan beliau tidak mampu untuk bersaing dengan kumpulan kontraktor yang memasuki tender dan sebutharga dengan strategi kartel atau strategi kumpul lesen untuk mengepung harga. Namun, kerana syarikat ayahnya mempunyai reputasi yang tinggi asbab selalu menyiapkan kerja dengan berjaya, […]

Bersaing Dengan Perosak Industri Read More »

Soft Skil Berunding

Pada tahun 2008, kami berhadapan dengan masalah harga besi naik melantun setiap minggu. Ketika itu pula sedang melaksanakan satu kontrak dengan JKR untuk membina surau dan satu projek dengan sebuah bank komersil untuk membekal pintu adang (hoarding) bagi satu tapak binaan membina bangunan ibu pejabat terbaharu mereka.

Oleh kerana kontrak perjanjian sudah menetapkan harga persetujuan, maka kami tiada pilihan lain terpaksa terus melaksanakan kerja tersebut dengan harga lama, walaupun harga besi dari pembekal telah berubah naik hingga 40%. Kedua projek ini sudah dalam kategori projek rugi.

Soft Skil Berunding Read More »